EMPAT individu parah selepas dipercayai tercampak keluar dari kenderaan yang terlibat kemalangan di Kilometer 306.5 arah Selatan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di antara laluan Gopeng ke Tapah, Perak pada Rabu.
Klip mengenai kejadian tersebut tular selepas ia dikongsikan orang awam yang melalui lokasi kejadian.
BACA LAGI: Lelaki disyaki 'perisik' Israel didakwa Jumaat ini
Berdasarkan video terbabit, tiga lelaki dilihat terbaring parah di tengah-tengah pembahagi jalan lebuh raya terbabit.
Seorang daripadanya didapati masih bergerak manakala dua lagi terbaring kaku.
BACA LAGI: Logo tapak kasut Vern's tidak menyerupai kalimah ALLAH dalam seni khat — Pakar
https://t.co/CFJ4CADzJ6 pic.twitter.com/tidEe8fwAf
— plusline1800880000 (@plustrafik) April 10, 2024
Pada masa sama, seorang lagi lelaki dilihat terbaring tidak bergerak di lorong kecemasan laluan tersebut, tidak jauh dari kereta terlibat dalam kemalangan tersebut.
Berdasarkan perkongsian klip berkenaan, kemalangan itu hanya melibatkan sebuah kenderaan.
Orang ramai juga boleh dilihat berada di lokasi kejadian untuk memberikan bantuan terhadap mangsa.
Status kecederaan kesemua mangsa terlibat bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Setakat laporan ini ditulis, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram