DIAM tak diam, kurang dua hari lagi umat Islam di seluruh Malaysia dijangka menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada 10 April depan.
Pastinya perantau khususnya warga kota sudah mula keluar dari bandar raya Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Namun dalam anda bergembira menyambut lebaran di kampung, jangan pula diabaikan aspek keselamatan sebelum meninggalkan kediaman.
Lagipun, malang kan tidak berbau. Seperti video tular baru-baru ini, sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila berlaku kebakaran kecil di bahagian dapur rumah mereka.
Kejadian itu direkod menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan dimuat naik di aplikasi TikTok asroul_a.hassan pada Jumaat lalu.
Menurut individu tersebut, dalam kejadian pukul 11.20 malam pada 4 April lalu, difahamkan hanya isterinya sahaja yang berjaga untuk menyiapkan kerja, manakala yang lain sudah pun masuk tidur.
Selepas beberapa kali percubaan, api itu berjaya dipadamkan selepas mencabut kepala tong gas.
"Sekadar peringatan untuk yang bakal pulang ke kampung. Berlaku pada saya malam tadi.
"(Kami) tidak masak apa-apa pun, tapi bila kebocoran gas api akan muncul, jangan lupa off dan cabut getah gas ya," katanya.
Susulan itu, Majoriti senaraikan empat perkara yang perlu diperiksa sebelum berangkat pulang.
BACA LAGI: Ditimpa kemalangan ketika urus keluarga, suri rumah juga terima perlindungan PERKESO
BACA LAGI: Risiko jatuh bangunan, syor aspek keselamatan bangunan tinggi diperketat
1. Cabut penutup kepala tong gas dan tutup punca kuasa elektrik
Pastikan anda mencabut kepala tong gas di rumah sebelum keluar rumah untuk tempoh yang panjang.
Ini antara hal penting untuk dilakukan kerana kebiasaannya sukar untuk kita memastikan sama ada akan berlaku kebocoran atau tidak.
Langkah ini dapat mengelak insiden kebakaran berlaku di dalam rumah semasa ketiadaan anda.
2. Tutup punca kuasa elektrik
Pastikan semua suis dimatikan dan plag perkakas elektrik di rumah anda ditanggalkan daripada soket. — Agensi
Pastikan semua suis dimatikan dan plag perkakas elektrik di rumah anda ditanggalkan daripada soket.
Selain menjimatkan penggunaan elektrik, mematikan suis dan mencabut plag peranti yang tidak digunakan juga berupaya membendung insiden litar pintas atau kebakaran.
Anda juga boleh gunakan tip wang syiling sebagai panduan.
Caranya mudah saja, letakkan wang syiling di atas ais dalam peti sejuk anda.
Sekiranya anda balik bercuti lebih daripada seminggu dan wang tersebut berada di bahagian bawah ais, ini bermakna pernah berlaku gangguan bekalan elektrik untuk tempoh yang agak panjang.
3. Tutup kepala paip air
Tutup paip utama dapat mengelakkan insiden banjir di dalam rumah. — Agensi
Periksa semua kepala paip air, adalah lebih baik sekiranya anda menutup paip utama pada meter.
Langkah tersebut dapat mengelakkan insiden banjir di dalam rumah sekiranya berlaku kebocoran.
Jika rumah anda mempunyai kolah mandi, kosongkan air di dalamnya termasuk segala takungan air di dalam dan luar rumah.
Kemudian bersihkan dan keringkan kawasan tersebut bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.
4. Buka lampu dalam rumah
Pastikan lampu dihidupkan sekitar pukul 6 petang hingga 7 malam setiap hari sepanjang ketiadaan anda. — Agensi
Walaupun tindakan membuka lampu dalam rumah kedengaran seperti akan membazirkan elektrik, namun sebenarnya ia sangat membantu.
Anda disarankan untuk memasang lampu dengan tetapan timer di dalam dan luar rumah.
Dengan ini, rumah anda akan kelihatan seolah-olah berpenghuni seterusnya mengurangkan risiko rumah dipecah masuk.
Pastikan lampu dihidupkan sekitar pukul 6 petang hingga 7 malam setiap hari sepanjang ketiadaan anda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram