SEKURANG-KURANGNYA 11 dilaporkan maut manakala sembilan lagi cedera selepas pelantar minyak di Akal Bravo Maritime di Campeche, Mexico meletup dan terbakar pada Ahad.
Menurut maklumat awal yang dikongsikan, lapan daripada 11 mangsa merupakan pekerja daripada syarikat petroleum kebangsaan milik kerajaan Mexico, Petroleos Mexicanos (Pemex).
Pasukan kecemasan bersama-sama bot pemadam kebakaran ketika ini sedang giat menjalankan operasi memadam api dan menyelamatkan mangsa.
Sementara itu, Pemex dalam satu kenyataan memaklumkan, kebakaran yang tercetus kira-kira pukul 4.48 petang (waktu tempatan) itu merupakan kejadian pertama yang berlaku pada tahun ini.
BACA LAGI: [VIDEO] Dah anggap macam keluarga, instafamous terkejut tengok CCTV anak kena dera pengasuh
Menurutnya, kebakaran berlaku di Pusat Proses Akal-B (Akal-B1), khususnya di bahagian saluran paip perumahan yang digunakan untuk mengangkut gas bahan api ke mesin turbo.
"Pelan tindak balas kecemasan syarikat diaktifkan dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 5.04 petang.
"Dua pekerja dan tujuh kontraktor mengalami kecederaan yang tidak serius.
"Semua kakitangan yang cedera dibawa ke Ciudad del Carmen untuk penilaian menyeluruh," katanya.
Punca sebenar kejadian masih lagi disiasat dan semua identiti mangsa yang terkorban belum didedahkan setakat ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram