SEORANG lelaki tidak dapat menahan rasa sedih selepas kereta yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba di tengah jalan di lebuh raya di Genting Sempah, Bentong, Pahang pada Jumaat.
Menerusi video dikongsikan di TikTok @itspaizal, pemilik kereta jenis Proton Satria Neo yang dijilat api itu sempat diselamatkan pemilik akaun tersebut ketika kejadian.
Dalam kejadian itu, menurut pemilik video papan pemuka (dashcam), dia ketika itu tidak sempat memadamkan api dan hanya mampu menarik keluar mangsa daripada kereta.
"Jerit la sepuas hati, asalkan kau selamat je," tulisnya.
BACA LAGI : Pemilik kereta terbakar rupanya baru tukar kompresor 'aircond' terpakai, akui masih trauma
@itspaizal Jerit la sepuas hati,asalkan kau selamat je.#kereteterbakar #gentingsempah #fyp ♬ Sad song by piano and violin(886018) - NOVA
BACA LAGI : Forklift dipercayai punca letupan loji kimia di Texas
Menurut pemilik video itu, mangsa merupakan bekas pelajar di sebuah universiti dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kelantan.
Mangsa juga dikatakan cuba memasuki kereta yang sedang terbakar untuk mengambil barang miliknya seperti komputer riba, sijil dan lain-lain.
"Masa itu, sebenarnya saya sedang tarik dia daripada berkali-kali cuba nak masuk dalam kereta yang tengah terbakar.
"Kami sempat bergaduh kecil sebab saya tahan dia daripada buat sedemikian," katanya kepada Majoriti.
Disebabkan itu, mangsa kelihatan terduduk di tepi jalan sambil meraung dan hanya meratap keadaan keretanya hangus dijilat api.
Katanya, dia pada awalnya mengikuti kereta mangsa kerana melihat percikan api di ekzos kenderaan itu.
"Saya memang ikut belakang dia sebab nampak ada percikan api sampailah dia berhenti dan keluar daripada kereta sebab dah terbakar.
"Kereta dia waktu tu meletup sebanyak tiga kali juga dan rentung habis tinggal nampak rangka sahaja," katanya lagi.
Tambahnya, dia ada menghubungi mangsa pada Sabtu dan menyatakan bahawa mangsa sedang berada di Nilai, Negeri Sembilan bersama saudaranya sementara menguruskan urusan keretanya.
Mengambil pengajaran daripada kebakaran tersebut, pengguna akaun @pinky meminta nasihat orang ramai tentang punca kejadian untuk golongan wanita lebih berwaspada.
"Punca apa ya? Untuk kami wanita pun kena alert," komennya.
Berdasarkan informasi dikongsikan orang awam, punca kejadian berkemungkinan berlaku disebabkan kerosakan pada pendingin hawa kereta.
"Masa bawak, pendingin hawa buka, kebiasaan short current kena percikan minyak dia akan ada bau minyak dulu. Dah bau cepat-cepat matikan enjin, double signal. Semoga bermanfaat.
"Kadang-kadang punca kita isi minyak kalau bau yang sangat perti kat hidung, baik pergi check," jelas @EmpireGStore.
Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum dipastikan lagi.
Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram