Pekerja swasta cacat saraf tulang belakang lega terima faedah PERKESO


  • Massa
  • Jumaat, 05 Apr 2024

Siti Zubaidah (duduk tengah) menerima rawatan di ReGen Rehab Hospital selama tiga bulan sejak Julai 2023. — Siti Zubaidah

SELEPAS hujan muncul pelangi, itulah ungkapan tepat menggambarkan perasaan Siti Zubaidah Mohammed setelah menerima Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) sebanyak RM80,959.20.

Wanita berusia 52 tahun itu menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selepas disahkan mengalami kecacatan pada saraf tulang belakang di bahagian thoracic menyebabkan kehilangan fungsi motorik pada kaki dan pinggul oleh Jemaah Doktor (JD) pada 21 Disember tahun lalu.

Siti Zubaidah yang berkhidmat sebagai Ketua Sokongan Operasi di sebuah syarikat akauntan bertauliah menderita penyakit tersebut selepas terjatuh ketika ingin menaiki kenderaan p-hailing untuk ke tempat kerjanya di ibu kota kira-kira pukul 8.30 pagi pada 1 Ogos 2022.

Berkongsi kepada Majoriti, ibu kepada seorang cahaya mata berusia 18 tahun itu berkata, pada awalnya doktor di sebuah klinik memaklumkan dirinya mengalami slipped disc.

"Setelah menjalani beberapa ujian, doktor kata saya perlu menjalani pembedahan bahagian thoracic di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Mac 2023.

"Setelah pembedahan berjalan lancar, saya kemudian disyorkan untuk menerima rawatan di ReGen Rehab Hospital, sebuah pusat rehab di bawah PERKESO," katanya.

BACA LAGI: Pusat rehab PERKESO bertaraf dunia, ini apa yang anda perlu tahu tentang PRPTAR

WhatsApp Image 2024-04-04 at 21.57.43

Siti Zubaidah

BACA LAGI: Bukan semata-mata rawatan, ada lagi 4 'rahsia istimewa' Pusat Rehabilitasi PERKESO tawarkan

Siti Zubaidah berkata, setelah tiga bulan menjalani rawatan di pusat rehab yang terletak di Petaling Jaya, Selangor sejak Julai tahun lalu, dia sudah semakin beransur pulih.

Wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu turut menyertai program Return to Work (RTW) di Pusat Rehabilitasi PERKESO dekat Melaka selama sebulan bagi memastikan dirinya benar-benar sihat untuk bekerja.

Berbekalkan kecekalan, Siti Zubaidah berjaya berjalan semula dengan bantuan tongkat selepas enam bulan kemalangan hasil rawatan pemulihan yang ditawarkan PERKESO.

WhatsApp Image 2024-04-04 at 22.00.39

Siti Zubaidah menyertai program RTW di Pusat Rehabilitasi PERKESO di Melaka. — Siti Zubaidah

Dalam pada itu, ditanya sama ada rutin kehidupannya berubah sejak kemalangan tersebut, Siti Zubaidah mengakui buat masa ini, dirinya sudah tidak boleh lagi menjalankan aktiviti di luar pejabat seperti bersenam.

Konsinya, dia merupakan seorang yang aktif dan setiap tiga minggu sekali, dia dan rakan-rakan sekerjanya akan membuat brisk walking di sekitar Taman Menara Berkembar Petronas (KLCC) bersama-sama selepas tamat waktu bekerja.

"Pejabat saya memang berdekatan dengan Taman KLCC, jadi selepas habis kerja atau sementara menunggu untuk menyambung tugasan pada waktu malam, saya akan berjalan-jalan di sekitarini.

"Laluannya pula tidak sekata, ada yang turun naik bukit, ada yang curam dan landai. Jadi agak mencabar untuk saya berjalan di laluan itu buat masa ini," jelasnya yang juga gemar berkunjung ke luar negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram