Awal raya dijangka suram, negeri Utara mungkin lengang


  • Massa
  • Khamis, 04 Apr 2024

Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Aidilfitri pada 10 dan 11 April ini. — Gambar hiasan

DIAM tak diam, kita sudah memasuki fasa minggu akhir Ramadan.

Kebiasaannya waktu-waktu beginilah, Umat Islam akan meluangkan masa untuk membuat persediaan akhir bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Persiapan menyambut lebaran pula disinonimkan dengan kesibukan membeli-belah menyediakan barangan keperluan raya dan perjalanan pulang ke kampung untuk meraikan Syawal bersama sanak-saudara.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan di media sosial, ada yang menjangkakan sambutan hari raya kali ini akan menjadi suram atas beberapa sebab.

Di sini Majoriti senaraikan antara empat faktor penyumbang sambutan Aidilfitri kali ini dijangka tidak semeriah tahun-tahun lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Kecoh rakaman Datuk Seri edar 'kitab suci' macam beri duit raya, mufti kata haram bukan Islam pegang al-Quran

KLCC- Keep hydrated with the heatwave hitting Malaysia.

MetMalaysia menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah.

BACA LAGI: [VIDEO] Beri sedekah al-Quran bukan lakonan — Sunny

1) Cuaca panas

Ramadan kali ini agak mencabar dengan keadaan cuaca panas yang melanda seluruh negara.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, cuaca panas dijangka kekal hingga pertengahan April disebabkan kurangnya awan yang boleh membawa hujan.

Berdasarkan analisis model-model cuaca, MetMalaysia menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°Celsius (°C) masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sehingga April.

Sehingga Rabu, data menunjukkan Jeli dan Gua Musang di Kelantan serta Temerloh di Pahang diletakkan di bawah Tahap 2 Kriteria Cuaca Panas iaitu gelombang haba.

Tidak hanya itu, cuaca juga tidak menentu ketika ini dengan hujan dan panas silih berganti.

Ia boleh memberi risiko pada suhu badan selain mengundang penyakit seperti demam, selesema, batuk dan hipotermia.

Melihat situasi ini, pasti ramai yang berfikir dua atau tiga kali jika hendak keluar beraya, apatah lagi berkunjung dari rumah ke rumah.

2) Ekonomi

Malay Muslim parents in traditional clothings giving gift of money to their children during Hari Raya Aidilfitri celebration

Persediaan seperti duit raya dan makanan untuk menjamu tetamu di kampung melibatkan duit yang bukan sedikit.

Keadaan ekonomi mencabar ketika ini menyebabkan orang ramai memutuskan untuk mengambil pendekatan bersiap ala kadar.

Harga baju raya yang agak 'keras' menambah pusing kepala para ketua keluarga.

Bukan hanya itu, persediaan lain seperti isi minyak petrol, duit raya, makanan untuk menjamu tetamu di kampung, semuanya melibatkan duit yang bukan sedikit.

Bukan tidak mahu berbelanja lebih, mahu tidak mahu terpaksalah mereka mengukur baju di badan sendiri.

Dalam masa sama, mungkin juga wang sudah banyak dihabiskan buat mengisi segala keperluan persekolahan anak-anak.

Jadinya, peruntukan untuk persiapan raya terpaksa dikurangkan.

Difahamkan juga banyak syarikat yang tidak memperuntukkan bonus sempena raya tahun ini.

Memikirkan situasi ekonomi dan risiko-risikonya, mungkin ada yang mengambil pendirian tidak pulang beraya di kampung pada awal raya.

3) Jalan sesak

Traffic congestion from Kota Damansara exit toll.

Bersiap sedialah untuk menghadapi kesesakan jalan sempena balik kampung.

Raya dan jalan sesak berpisah tiada.

Jika namanya pulang ke kampung halaman menyambut lebaran, bersiap sedialah anda menghadapi kesesakan jalan.

Berjam-jam di atas lebuh raya, sehingga ada yang terpaksa berbuka puasa di dalam kereta.

Lebih mendatangkan stres, jika ada kenderaan yang buat hal ketika jalan sedang sesak.

Membayangkan keadaan itu sahaja, mungkin ada yang sudah berfikir banyak kali sama ada mahu menempuh jalan sesak atau tidak.

Mengambil kira faktor cuaca tidak menentu ketika ini, tidak mustahil ada individu atau keluarga berhasrat untuk menangguhkan perjalanan pulang ke desa, sehingga mungkin sahaja negeri-negeri di Utara pun boleh menjadi lengang.

4) Cuti pendek

suram4

Isu cuti pendek sempena raya memang menjadi topik perbualan masyarakat ketika ini.

Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Aidilfitri pada 10 dan 11 April ini, yang jatuh pada Rabu dan Khamis.

Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memberi bayangan bahawa kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk memberikan kelepasan am tambahan cuti Aidilfitri pada 12 April ini.

Ini bermakna, kebanyakannya perlu bekerja pada tarikh berkenaan.

Jadi tidak mustahil ia sedikit sebanyak mengganggu perancangan rakyat Malaysia bagi menyambut Aidilfitri.

Sebenarnya, isu cuti pendek ini memang menjadi topik perbualan masyarakat ketika ini.

Mana tidaknya, bagi mereka yang kampungnya jauh, pasti memerlukan cuti panjang untuk beraya dengan puas, baru ada feel katanya.

Jadi jangan terkejut kalau ramai yang tidak pulang beraya di kampung tahun ini hanya gara-gara cuti pendek. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram