Kita tidak ganggu sesiapa di Sabah, kenapa perlu ambil keterangan di sini? — Dr Akmal


  • Massa
  • Jumaat, 05 Apr 2024

Dr Muhamad Akmal dilepaskan selepas memberi kenyataan di ibu pejabat polis di Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat.

KETUA Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh dilepaskan selepas memberi kenyataan di ibu pejabat polis di Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat berhubung ucapan berbaur hasutan yang dibuat di Kelantan.

Dr Muhamad Akmal mengakui terkejut apabila dijemput polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sedangkan beliau dijadualkan untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur pada Sabtu.

“Mereka mengambil masa kira-kira dua jam setengah untuk merakam kenyataan saya dan saya memberi kerjasama.

"Ia dilakukan secara profesional,” katanya kepada pemberita selepas keluar dari balai polis pada pukul 12.15 tengah hari.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis tahan Dr Akmal di Kota Kinabalu

Dr Muhamad Akmal

BACA LAGI: Subsidi bersasar perlu, pastikan hanya kumpulan layak dapat manfaat — PM Anwar

Dr Muhamad Akmal dalam pada itu turut mempersoalkan punca dirinya perlu memberi keterangan di Sabah sedangkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan di negeri berkenaan.

Beliau juga dilaporkan berkata, pihaknya datang ke Sabah bagi menghadiri program berbuka puasa dengan pimpinan Umno Sabah yang biasa dianjurkan di setiap negeri dan Sabah merupakan negeri terakhir bagi program tersebut.

Tegasnya lagi, kehadirannya di situ juga bukan untuk membuat sebarang gangguan.

"Semuanya berlaku di Semenanjung, tiada langsung laporan atau kenyataan dari Sabah.

"Kami datang dengan tenang, saya rasa kita tidak mengganggu sesiapa di sini jadi tiada masalah," ujarnya. — The Star/TARRENCE TAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram