Subsidi bersasar perlu, pastikan hanya kumpulan layak dapat manfaat — PM Anwar


  • Primer
  • Isnin, 01 Apr 2024

Anwar berkata, subsidi bersasar juga akan dilaksanakan ke atas bil elektrik, di mana kenaikan tarif hanya memberi kesan kepada 15 peratus penduduk seperti golongan kaya.

PROGRAM subsidi bersasar yang bakal dilaksanakan kerajaan perlu dilaksanakan bagi memastikan supaya bantuan disalurkan diperolehi hanya kumpulan rakyat Malaysia yang layak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam mempertahankan dasar berkenaan, Perdana Menteri berkata, pelaksanaannya juga kelak akan menghalang subsidi daripada dinikmati warga asing dan kumpulan kaya.

Menurutnya, pendekatan yang sama juga akan dilakukan ke atas bil elektrik, di mana kenaikan tarif hanya memberi kesan kepada 15 peratus penduduk seperti golongan kaya.

"Subsidi mesti disalurkan kepada 85 peratus penduduk. Ini boleh membantu meningkatkan kuasa beli dan mengurangkan beban kewangan mereka," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Felda Chuping, Padang, Besar, Perlis pada Isnin.

BACA LAGI: 'Kafir bukan istilah tunggal digunakan terhadap bukan Islam dalam al-Quran'

Petrol subsidy: The government may proceed with a simpler alternative to bank in petrol subsidy directly into each eligible person’s bank account before proceeding to float the RON95 petrol prices according to open market rates.

Anwar berkata, di sebalik janji untuk penurunan harga minyak di Malaysia, sebarang perubahan yang dicadangkan mesti dinilai dengan teliti. — Gambar hiasan

BACA LAGI: Bukan takat mahu 'survive' raya, pesawah terpaksa tanggung hutang berganda akibat cuaca panas

Anwar berkata, harga minyak kekal stabil berikutan dinamik pasaran global, isu geopolitik dan kos pengeluaran.

Beliau berkata, di sebalik janji untuk penurunan harga minyak di Malaysia, sebarang perubahan yang dicadangkan mesti dinilai dengan teliti.

Pada waktu ini, beliau berkata, pemberian subsidi petrol dan diesel memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan hampir 3.5 juta hingga empat juta warga asing.

"Adalah penting untuk menyasarkan subsidi secara berkesan. Ini mungkin melibatkan penilaian semula kaedah pengagihan subsidi untuk mengutamakan bantuan bagi mereka yang memerlukan sambil meminimumkan faedah untuk individu yang lebih kaya dan warga asing," katanya. — The Star/IMRAN HILMY

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram