BANYAK kes kecurangan pasangan suami isteri dilaporkan berlaku akibat penyalahgunaan media sosial.
Peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie berkata, perkara tersebut bukanlah satu hal yang baharu, dek lambakan kehadiran platform digital yang pelbagai ketika ini menyebabkan situasi itu menjadi semakin parah.
"Akses bersifat peribadi yang dimuat naik di laman sosial menyebabkan pihak ketiga lebih mudah untuk berhubung dengan suami atau isteri seseorang.
"Bukan hanya suami yang curang sekarang, isteri pun semakin ramai yang 'kantoi' mempunyai hubungan sulit dengan orang lain.
"Masalah ini sudah menjadi semakin parah. Kita tengok kalau dulu, mereka yang bergelar isteri orang tak berani nak keluar rumah pun, tapi sekarang sukar nak dijangka," katanya ketika dihubungi Majoriti.
Roshdan Sujak
BACA LAGI : [VIDEO] Wanita cuba potong kenderaan lain maut sehari selepas pernikahan anak
Lebih membimbangkan, situasi itu menyebabkan kelahiran anak luar nikah atau anak tidak sah taraf meningkat saban tahun.
"Bagaimanapun masih ramai yang mengambil pendekatan berdiam diri dengan tidak memaklumkan kepada pihak berwajib kerana enggan membuka aib sendiri mahupun keluarga," jelasnya lagi.
Majoriti sebelum ini melaporkan tentang satu laman Facebook yang menawarkan perkhidmatan menyewa wanita berstatus isteri orang untuk tempoh masa dan bayaran tertentu.
Tinjauan di kedua-dua laman sosial itu mendapati, grup berkenaan dengan namanya dirahsiakan buat masa ini dianggotai seramai 102,000 dan 20,000 ahli setakat ini.
Pada masa sama, pentadbir laman Facebook itu turut menyediakan aplikasi Telegram bagi pengguna yang ingin mendapatkan khidmat tawaran seks atau bertukar-tukar pasangan dengan bini orang terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram