RAKYAT Malaysia yang sudah melepasi syarat cukai pendapatan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan perlu melaksanakan tanggungjawab untuk membayar cukai.
Proses untuk mengisytiharkan dan membayar cukai pendapatan kini lebih mudah dengan kewujudan sistem dalam talian dikenali sebagai e-Filing yang diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Anda bagaimanapun boleh mengurangkan bayaran Hasil LHDN berdasarkan cukai pendapatan individu.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa tanggungjawab menyimpan semua dokumen percukaian bukan sahaja termaktub dalam undang-undang, malah dapat memberi manfaat kepada pembayar cukai sekiranya disimpan dengan rapi.
Justeru, seorang akauntan menerusi satu ciapan di laman X (Twitter) dengan nama Anas Abas berkongsi tentang tip yang boleh diguna pakai bagi memudahkan urusan orang ramai dalam mengendalikan resit serta dokumen penting.
Menurutnya, setiap pembayar cukai disarankan untuk mengimbas resit dan menyimpannya dalam e-mel masing-masing.
"Anda juga boleh menyimpan kesemua salinan resit tersebut ke dalam Google Drive.
"Resit letak dalam satu sampul surat dan simpan elok-elok sampailah tahun 2030," ciapnya pada Ahad.
Dia dalam pada itu turut menyenaraikan enam jenis resit yang perlu disimpan untuk kegunaan borang percukaian.
BACA LAGI : Nenek pelik tengok cucu aktif semacam, rupanya ibu bancuh susu bayi guna cecair syabu
Resit bayaran keahlian gimnasium juga boleh diambil kira.
BACA LAGI : Nombor plat tak patuh JPJ itu cerita lama — Young Syefura
1) Bil perkhidmatan jalur lebar
Untuk mendapatkan pelepasan, anda perlu menyimpan bukti pembayaran sekiranya perkhidmatan jalur lebar atau internet seperti UniFi dan sebagainya didaftarkan di bawah nama pembayar cukai sendiri.
2) Resit beli barangan sukan
Resit pembelian barangan sukan meliputi aktiviti yang terkandung dalam Akta Pembangunan Sukan 1997.
Dalam akta tersebut, jadual pertama menggariskan kesemua aktiviti-aktiviti yang membawa maksud sukan.
Antaranya termasuk memanah, olahraga, sukan air, bola keranjang, besbol dan badminton.
Selain itu, resit bayaran keahlian gimnasium juga boleh diambil kira.
3) Resit beli telefon pintar dan komputer peribadi
Pelepasan cukai ini melibatkan cukai istimewa penjana berjumlah RM2,500 jika anda membuat sebarang pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet.
Ia termasuk dalam cukai gaya hidup, iaitu perbelanjaan untuk diri sendiri, suami, isteri atau anak-anak sahaja, bukan untuk kegunaan perniagaan.
Pelepasan yuran pengajian sendiri sebanyak juga boleh dibuat dalam e-Filing.
4) Resit zakat
Jumlah bayaran cukai pendapatan boleh dikurangkan apabila anda membayar zakat.
Bayaran zakat boleh difailkan sebagai salah satu kategori pemotongan zakat apabila anda memfailkan zakat pendapatan untuk tahun tertentu.
5) Resit yuran pengajian
Menurut laman web MYPT3, jika anda menyambung pelajaran di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di kursus pengajian, anda akan dapat pelepasan yuran pengajian sendiri sebanyak RM7,000 di e-Filing.
Jika anda sambung belajar di peringkat sarjana atau doktor falsafah (PHD) dalam sebarang jurusan menggunakan duit sendiri, anda juga akan mendapat pengecualian untuk Yuran Sambung Belajar Sendiri sebanyak RM7,000.
Pelepasan dibenarkan bagi pemeriksaan perubatan penuh yang dilakukan untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak.
6) Resit pemeriksaan kesihatan
Pelepasan dibenarkan bagi pemeriksaan perubatan penuh yang dilakukan untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak.
Sebagai contoh, jika perbelanjaan rawatan perubatan sebanyak RM6,500 dibuat dalam tahun taksiran yang sama dan RM1,000 untuk pemeriksaan perubatan untuk diri sendiri dan pasangan, maka anda layak menuntut pelepasan sehingga RM6,000 sahaja. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram