PASANGAN suami isteri ditahan pihak polis selepas tersilap membancuh susu bayi mereka dengan menggunakan cecair dadah syabu.
Kedua-duanya dipercayai berada di bawah pengaruh dadah semasa melakukan perbuatan tersebut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, kejadian yang hampir meragut bayi pasangan itu berlaku di flat kediaman mereka di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor pada 19 Februari lalu.
"Kami menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan daripada pihak Hospital Kajang pada 20 Februari lalu," katanya.
Shahrulnizam berkata, pada hari kejadian, bayi lelaki berusia setahun empat bulan itu dihantar suami isteri tersebut kepada neneknya berusia 55 tahun yang tinggal di Seri Kembangan.
Bagaimanapun jelas beliau, semasa dalam jagaan neneknya, mangsa tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal.
BACA LAGI: [VIDEO] Suspek buat trik suruh pandang tempat lain sebelum lepaskan 'headshot'
Pasangan terbabit dipercayai berada di bawah pengaruh dadah semasa melakukan perbuatan tersebut. — Gambar hiasan
BACA LAGI: [VIDEO] Seret campak masuk kolam renang, lelaki durjana dirakam cuba lemaskan kekasih hamil
"Wanita itu kemudian bertanyakan punca tingkah laku pelik bayi itu kepada ibu mangsa.
"Ibu mangsa yang berusia 34 tahun mengaku tersilap membancuh susu bayi berkenaan menggunakan air syabu milik suaminya berusia 40 tahun," katanya.
Ujar Shahrulnizam lagi, susulan itu pihaknya menahan suami isteri tersebut di rumah mereka di Taman Medan pada 20 Februari lalu.
"Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah," tambahnya.
Beliau memaklumkan, hasil semakan mendapati suspek lelaki yang bekerja sebagai penjual air balang itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.
"Bayi berkenaan kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram