[VIDEO] Suspek buat trik suruh pandang tempat lain sebelum lepaskan 'headshot'


  • Benua
  • Ahad, 25 Feb 2024

Tangkap layar memaparkan kejadian seorang remaja perempuan ditembak di kepala di Lurigancho-Chosica, Peru, Amerika Selatan pada Rabu lalu.

SEORANG remaja perempuan dilaporkan maut akibat ditembak di kepala dalam kejadian di Lurigancho-Chosica, Peru, Amerika Selatan pada Rabu lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 malam itu berjaya dirakam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

Menerusi klip berdurasi 43 saat itu, mangsa yang berusia 18 tahun dilihat keluar daripada sebuah kenderaan yang berhenti di sebuah kawasan perumahan.

Seorang wanita berseluar pendek kemudian bergerak ke arah mangsa dan dilihat cuba mengalih perhatian remaja itu supaya memandang ke arah belakang, sebelum bertindak menembak tepat-tepat ke arah kepala mangsa.

Suspek kemudian melarikan diri menaiki kereta tersebut bersama seorang lagi individu.

Menurut laporan media antarabangsa, saksi kejadian memberitahu mereka terdengar bunyi satu das tembakan sebelum menemui mangsa yang sudah terkulai di atas tanah.

BACA LAGI: [VIDEO] Seret campak masuk kolam renang, lelaki durjana dirakam cuba lemaskan kekasih hamil

BACA LAGI: Bakal nikahi ahli perniagaan, Shakilla Koriri letih kena urus banyak benda

Pihak berkuasa memulakan penyiasatan dengan mengumpul kelongsong peluru di tempat kejadian sebagai bahan bukti, namun suspek disyaki telah menukar nombor pendaftaran kenderaannya.

Suspek wanita berkenaan bagaimanapun berjaya diberkas, sementara polis menemui senjata yang digunakan untuk menembak mangsa berserta pelbagai jenis dadah di rumahnya.

Malah, polis turut menjumpai nombor plat kenderaan yang digunakan pada malam kejadian.

Ketua Wilayah Polis Lima, Jeneral Polis Enrique Felipe Monroy berkata, abang wanita itu turut ditahan bagi membantu siasatan kira-kira pukul 6.30 pagi pada Khamis, sehari selepas insiden berlaku.

"Selepas meneliti latar belakang kes ini, kami difahamkan ibu bapa dan salah seorang abang suspek dibunuh dipercayai akibat perbuatan jenayah oleh sekumpulan anggota samseng.

"Seorang lagi abang mereka juga dipercayai bakal dimasukkan ke penjara. Kes masih lagi sedang dalam siasatan," katanya.

Beberapa tahun kebelakangan ini, peningkatan jumlah kes pembunuhan di Peru dilihat semakin membimbangkan masyarakat di kawasan itu.

Menurut laporan polis, pada tahun 2021 sahaja, hampir 400 kes pembunuhan dilaporkan termasuk berpunca daripada dadah dan beberapa jenayah lain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram