Nombor plat tak patuh JPJ itu cerita lama — Young Syefura


  • Massa
  • Ahad, 25 Feb 2024

Nombor pendaftaran kenderaan milik Young Syefura yang didakwa tidak mengikut spesifikasi ditetapkan JPJ tular semula di laman sosial.

AHLI Parlimen Bentong, Young Syefura Othman tampil menafikan dakwaan berhubung nombor pendaftaran kenderaannya tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau menjelaskan, dakwaan yang tular itu adalah kes lama yang dibangkitkan semula.

Sedangkan beliau yang mesra dipanggil Rara telah pun mengubah nombor pendaftaran tersebut mengikuti spesifikasi sebenar.

BACA LAGI: [VIDEO] Suspek buat trik suruh pandang tempat lain sebelum lepaskan 'headshot'

“Kenapa kitar semula isu yang lama berulang-ulang? Ini nombor plat sekarang di kedua-dua kereta.

" Ya betul ada kesalahan yang dibuat tapi saya telah menukar nombor plat tersebut," katanya menerusi ciapan di laman X pada Sabtu.

Beliau turut memberitahu bahawa pihak JPJ sudah pun mengeluarkan notis kepadanya sebelum ini berhubung isu berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Seret campak masuk kolam renang, lelaki durjana dirakam cuba lemaskan kekasih hamil

"Untuk pengetahuan pihak JPJ pun ada keluarkan notis bagi mengarahkan nombor plat kenderaan ditukar mengikut spesifikasi.

"Jadi jangan fitnah JPJ kata tiada ambil tindakan," tegasnya lagi.

Sebelum ini, beberapa foto memaparkan nombor pendaftaran kenderaan milik Young Syefura yang didakwa tidak mengikut spesifikasi ditetapkan JPJ tular di laman sosial hingga mendatangkan kekecohan dalam kalangan warga maya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram