JABATAN Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan fenomena cuaca panas yang dialami ketika ini dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.
Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, cuaca panas yang berlaku ketika ini disebabkan negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung bulan depan.
Dalam tempoh tersebut, litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.
Katanya, ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.
“Cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei.
“Dalam tempoh ini, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang,” katanya dalam satu kenyataan Selasa lalu.
Cara penjimatan elektrik itu sebenarnya mudah sekiranya pengguna tahu setiap maklumat dan fungsi sesuatu peralatan atau barangan supaya sekali gus mengurangkan lagi kos bil elektrik bulanan. — Gambar Hiasan/TNB
Susulan itu, sudah pasti kadar penggunaan elektrik di rumah dan pejabat meningkat naik sekali gus menyebabkan bil utiliti juga melambung.
Apatah lagi pada musim cuti persekolahan ini menyebabkan lebih ramai ahli keluarga berkumpul di rumah dan pastinya kita akan lebih kerap menggunakan elektrik.
Namun, tahukah anda sebenarnya ada cara yang boleh menjimatkan elektrik dirumah secara mudah dan tak perlu mengeluarkan duit pun, tip ini didedahkan oleh @joeboyking93 melalui satu ciapan di laman X (Twitter) baru-baru ini.
Menerusi perkongsian individu yang juga bekas pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkenaan, cara penjimatan elektrik itu sebenarnya mudah sekiranya pengguna tahu setiap maklumat dan fungsi sesuatu peralatan atau barangan supaya sekali gus mengurangkan lagi kos bil elektrik bulanan.
Pada masa sama, dia turut berkongsi beberapa cara untuk menjimatkan elektrik seperti :
1. Sediakan portable solar power supply
Portable solar power supply memang wajib ada satu di setiap rumah dan ia juga boleh digunakan pada waktu kecemasan. — Gambar Hiasan
Selain itu, Joe turut mencadangkan pengguna menggunakan portable solar power supply mempunyai solar panel iaitu penggunaan sumber tenaga dari alam semula jadi. Senang sahaja, anda hanya perlu meletakkan alat tersebut berjemuran di bawah matahari bagi menyimpan tenaga janaan solar.
Alat itu juga boleh digunakan untuk tiga ke empat jenis peranti dalam waktu yang sama seperti komputer riba atau telefon pintar. Sekiranya berlaku bekalan elektrik terputus di rumah, alatan tersebut mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Senang cerita memang wajib ada satu di setiap rumah dan ia juga boleh digunakan pada waktu kecemasan.
BACA LAGI : [VIDEO] Seret campak masuk kolam renang, lelaki durjana dirakam cuba lemaskan kekasih hamil
2. Guna Lampu Jenis LED
Lampu LED menggunakan kapasiti tenaga paling minimum selain tidak bergantung pada haba untuk mengeluarkan cahaya.
Penggunaan lampu LED (diod pemancar cahaya) mampu mengurangkan bil api di rumah sehingga 25 ke 30 peratus. Buat anda yang berminat untuk bertukar ke lampu jenis itu, jangan lupa periksa dulu pada bahagian pembungkusan sama ada ia mempunyai cop SIRIM atau tidak.
Cop itu berfungsi sebagai satu indikator sama ada alatan tersebut memenuhi spesifikasi keselamatan bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan serius.
Lampu LED menjimatkan tenaga kerana ia menggunakan kapasiti tenaga paling minimum selain tidak bergantung pada haba untuk mengeluarkan cahaya.
BACA LAGI : Elak kejadian lemas Pantai Batu Buruk berulang, PBT negeri patut contohi New Zealand
3.Pokok hiasan menyerap haba
Pokok Hiasan sangat berkesan dalam menambah kelembapan udara. — Gambar Hiasan
Pokok hiasan semulajadi dalam rumah mampu menapis udara, membekalkan oksigen serta membuatkan rumah terasa lebih nyaman dan selesa.
Selain itu, ruang dalam kediaman anda pastinya terlihat lebih redup dan sejuk dengan kehadiran pokok-pokok hiasan yang bersesuaian.
Antara pokok atau tanaman yang sesuai diletakkan di dalam rumah adalah seperti Lidah Jin, Ara Beringin dan Pokok Getah.
BACA LAGI : Sabah maju jaya tapi ganti signboard saja, keadaan jalan masih teruk — Penduduk
4. Pastikan barangan elektrik yang bersesuaian
Beli penghawa dingin yang bersesuaian dengan rumah anda. — Gambar Hiasan
Perkara asas yang paling penting untuk pastikan tidak berlaku pembaziran elektrik secara berlebihan, pastikan peralatan elektrik yang digunakan adalah sesuai dari segi spesifikasi saiz, kapasiti, kuasa dan penggunaan tenaganya.
Contohnya, pemilik rumah boleh membeli serta menggunakan pendingin hawa dengan kuasa yang optimum dengan saiz ruang.
Selain itu, gunakan peti sejuk yang sesuai bergantung kepada berapa banyak bahan mentah yang disimpan kebiasaannya bergantung kepada bilangan anggota isi rumah.
Peti sejuk, jika terlalu kerap dibuka dan ditutup, juga akan menyebabkan pembaziran tenaga.
Begitu juga jika peti sejuk tersebut disumbat dengan terlalu banyak barang sehingga hampir penuh, turut akan menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram