SEORANG wanita dipercayai berasal dari Aceh, Indonesia meluahkan kemarahannya terhadap sikap segelintir rakyat dari negaranya yang disifatkan biadab dan kurang menghormati penduduk di Malaysia.
Jelasnya, terdapat beberapa individu khususnya warga negara Indonesia yang bekerja di negara ini, gemar membangga diri dek kerana sektor pembuatan dan pembersihan di sini lebih dikuasai golongan pendatang.
Situasi itu menurutnya semakin berleluasa sehingga mengakibatkan pihak berkaitan semakin sombong dan menghina masyarakat Malaysia kerana terlampau bergantung kepada tenaga asing.
Tegas menentang pemikiran kolot seperti itu, wanita berkenaan terlebih dahulu memuji dan menyanjung kerajaan Malaysia yang dianggap lebih stabil dari segi ekonomi dan sentiasa menjaga kepentingan rakyatnya.
"Di Malaysia, kerajaannya galakkan penduduknya belajar dan sekolah tinggi-tinggi agar otaknya cerdas tak seperti pemerintahan Indonesia yang bangga mengirim rakyatnya ke luar negara menjadi kuli.
"Lepas itu, rakyatnya yang di luar negara lupa diri terutama di Malaysia ini, suka membandingkan dengan rakyat tempatan seakan masyarakat di sini tak pandai buat kerja.
Sektor pembersihan di Malaysia selalunya hanya ada dua golongan pendatang yang bekerja iaitu Indonesia dan Filipina, tetap kebiasaannya mesti warga Aceh misalnya yang bermasalah, belum pernah ada berita kata pekerja Pinoy yang jahat malah mereka lebih baik dalam pertuturan Bahasa Inggeris," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Bengang teman wanita disentuh, pelancong asing dakwa tinggal 2 tahun di Bali gertak penduduk lokal
Hantaran tular dimuat naik di laman Facebook itu mendapat sokongan ramai terutamanya masyarakat tempatan yang sudah lama menyedari sikap buruk segelintir pekerja asing dalam negara.
"Jarang aku jumpa orang dari Indonesia yang berfikiran matang dan terbuka macam ini, dia sedar situasi yang melanda negaranya dan hormat pada kerajaan Malaysia kerana beri peluang pekerjaan," kata Borhan Hafizi.
"Memang ramai pekerja Aceh sekarang besar kepala, kononnya sektor pembinaan negara kita bergantung kepada mereka, takda mereka mustahil bangunan KLCC boleh terbina, walhal mereka sepatutnya bersyukur menumpang rezeki di sini," ujar Faisyazir453.
"Kalau semua pekerja Indonesia fikir macam akak ini, aman negara kita berdua, baru boleh pakai ayat 'kita serumpun', ini pasal pekerjaan, bola sepak pun bergaduh macam nak perang," tambah Nurfarishaliyana.
Dalam pada itu, wanita terbabit turut menggesa agar semua pekerja asing warga Indonesia segera mengubah tabiat buruk itu kerana ia hanya terus memecah-belahkan kedua-dua negara sekiranya dibiarkan berterusan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram