SEORANG anggota polis dipercayai cuba mencuri kereta, cedera parah di kepala selepas menembak dirinya sendiri di bandar Cordoba, Sepanyol pada Jumaat lalu.
Insiden itu tercetus sebaik tertuduh dikepung beberapa anggota penguat kuasa yang cuba menahannya di kawasan kejiranan Poeta Lugones, Cordoba.
Gagal melarikan diri, dia kemudiannya melepaskan tembakan di badannya sendiri dan terus terkulai akibat kecederaan parah.
Polis berpangkat sarjan berusia 35 tahun itu kemudiannya dibawa ke hospital berhampiran dan dirawat di wad kecemasan.
BACA LAGI: [VIDEO] Penyamun Rohingya selamba pecah pintu depan, curi PS4 dan barang kemas di Gombak
Pendakwa Raya Raul Garzon berkata, tertuduh dipercayai mencuri sebuah kereta dan telefon pintar yang sekali gus membantu pihak polis menjejakinya melalui signal pada peranti tersebut.
Jelasnya, tertuduh turut melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis namun gagal meloloskan diri dengan memanjat tembok sebelum terjatuh di kaki lima jalan.
Dia kemudian dikepung polis dan gagal melarikan diri sebelum bertindak gila dengan mencederakan diri sendiri.
Tersentak dengan kejadian itu, dua anggota terbabit kemudiannya tampil membantu suspek.
Menteri Keselamatan Wilayah, Juan Pablo Quinteros berkata, kes itu masih belum disahkan sama ada suspek ditembak ataupun cuba membunuh diri sendiri kerana laporan doktor dan pakar masih belum diterima.
Suspek sebelum ini berkhidmat untuk pasukan keselamatan selama 15 tahun sebelum dikecualikan daripada tugasan luar kerana dipercayai menghadapi masalah psikiatri.
Garzon dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini sedang dirawat di hospital. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram