[VIDEO] 'Malaysia tak ada warga asing nak jadi apa,' wanita Indonesia pertikai Imigresen tangkap pendatang di KL


  • Tular
  • Selasa, 27 Jun 2023

Tangkap layar wanita dipercayai warga Indonesia mempertikaikan tugas Imigresen yang menahan pekerja asing di Kuala Lumpur.

SEORANG wanita dipercayai rakyat Indonesia mempertikaikan tindakan pihak imigresen yang menahan golongan pendatang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia susulan satu video tular yang memaparkan ucapan tahniah warganet terhadap operasi penangkapan warga asing dijalankan Imigresen baru-baru ini yang nyata mengundang kemarahan wanita berkenaan.

Jelasnya, dia meminta agar masyarakat di Malaysia untuk menghargai jasa pendatang yang bekerja di negara ini selain turut merendah-rendahkan imej penduduk tempatan yang terlampau memilih pekerjaan.

Hangat diperkatakan di laman Twitter, rakaman berdurasi 53 saat itu menerima lebih 12,000 jumlah tontonan setakat ini.

Menganggap pendatang asing sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap sektor penanaman serta pembinaan di negara ini, wanita itu turut memetik isu penanaman kelapa sawit yang dikatakan terbengkalai di Pahang dengan rata-ratanya dikuasai pekerja asing.

"Kau nak ke kerja longkang, kelapa sawit tengah panas.

"Kelapa sawit terbengkalai di Pahang itu semua, kau nak ke kerja dekat situ kalau bukan orang asing yang ada," katanya.

Dalam pada itu, warganet menggesa agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap individu terbabit atas kelakuan biadabnya.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung isu tersebut setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram