TIDAK serik-serik. Aktiviti rempit atau lumba haram yang dianjurkan dalam skala besar masih lagi menjadi krisis yang perlu ditangani pihak berkuasa.
Kegiatan tersebut bukan sahaja mengganggu ketenteraman orang awam, malah boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat termasuk risiko berlakunya kemalangan jalan raya.
Jika sebelum ini, Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang menjadi antara lokasi panas untuk golongan ini beraksi, namun kini Sungai Dua juga dikatakan sudah mula menjadi 'litar' baharu untuk menjalankan aktiviti lumba haram yang biasanya dimonopoli oleh anak muda.
Seorang pengguna TikTok, @thealongkendall pada Ahad berkongsi satu video tular memaparkan pemantauan udara dipercayai dirakam di kawasan Sungai Dua.
BACA LAGI: [VIDEO] Padah buat aksi 'superman', mat rempit melambung kena rempuh di George Town
BACA LAGI: Warga asing lunyai dipukul, dihentak 3 lelaki di Ipoh, Perak
Klip berdurasi 31 saat itu menunjukkan ratusan penunggang motosikal berselerakan selepas pihak polis membuat operasi membanteras kegiatan mat rempit di kawasan berkenaan dipercayai pada hujung minggu lalu.
"Sungai Dua/Sungai Lokan SPU (Seberang Perai Utara) pada malam minggu yang meriah dengan himpunan mat-mat moto.
"Setelah RnR Bagan Ajam kerap diambil tindakan penguatkuasaan, kini mereka memilih port baharu pula?" tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan berbahaya kumpulan mat motor berkenaan.
"Ini Sungai Dua bos, polis datang (serbu), lima minit (kemudian) mat rempit datang balik sambung lumba," dakwa IkhwanNadine.
"Patutlah Bagan dah sunyi sekarang, puak-puak ini dah tukar lokasi pergi Sungai Dua pula. Nanti Bagan dan reda, confirm pindah balik," ujar Alyaa.
"Dah macam litar antarabangsa lah pula," tulis Pamiami. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram