[VIDEO] Lelaki dirakam potong kabel macam tebang pokok di Semporna


  • Tular
  • Isnin, 19 Feb 2024

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki disyaki mencuri kabel di Semporna, Sabah baru-baru ini.

ISU kecurian kabel di Sabah semakin kerap dilaporkan berlaku sehingga menjejaskan kehidupan seharian penduduk Negeri Di Bawah Bayu itu.

Malah, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe sebelum ini juga pernah memaklumkan bahawa kegiatan itu sudah menjadi satu krisis yang besar di sesetengah lokasi seperti Kota Kinabalu.

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang lelaki dipercayai dengan selamba mencuri kabel yang terletak di tepi jalan raya dekat Semporna, Sabah.

Namun tidak dapat dipastikan jenis kabel yang cuba dipotong sama ada kabel elektrik atau telekomunikasi.

Perbuataan tersebut bagaimanapun sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dikongsikan di laman Facebook Noontok Pukulan Maut pada Ahad.

BACA LAGI: [VIDEO] Lagi kes curi kabel TM, polis buru 2 suspek pandu Wira, Accord

BACA LAGI: [VIDEO] Didakwa curi kabel TM, lelaki terkulai dicekup penduduk pekan Berapit

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan yang dilakukan lelaki berkenaan.

Pengguna Facebook dengan nama akaun Profesision Intreraction berkata, perbuatan tersebut menjadi antara punca Sabah sukar untuk dibangunkan.

"Dulu zaman 90-an hingga awal 2000 punya banyak pondok telefon awam dibuat.

"Sekali tiap-tiap minggu atau bulan kena tabla (curi). Bukan setakat rakyat biasa, pemimpin pun ada juga yang buat.

"Bukan semua tapi segelintir golongan yang sangat kecil dan tegar, maksudnya jika mereka ini dididik dengan baik oleh orang yang amanah, mesti Sabah sudah maju sekarang, tapi apakan daya barangkali amanah itu terlalu berat," tulisnya.

Sementara itu, Austin Ishimaru berkata, adalah lebih baik sekiranya lelaki itu menggunakan tenaga mudanya untuk melakukan pekerjaan yang lebih berfaedah.

"Bagus lagi dia guna masa dan tenaga (untuk) buat kerja yang betul-betul boleh memberi kestabilan berterusan (buat dirinya)," katanya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram