PENDUDUK di sebuah perkampungan sekitar Beaufort, Sabah meluahkan ketidakpuasan hati apabila mereka mendakwa dihalau oleh individu dipercayai warga Pakistan yang membeli sebidang tanah di kampung berkenaan.
Aduan itu dikongsikan menerusi laman Facebook pada Isnin.
Menerusi klip berdurasi 29 saat itu, warga Pakistan tersebut dilihat bertikam lidah dengan beberapa penduduk kampung sambil mengeluarkan helaian kertas.
Kertas tersebut dipercayai bukti yang menjelaskan tentang hak pemilikan tanah berkenaan.
"Kamu ada peguam ke tidak? Tanya kamu punya peguam. Apa mahu cerita? Ini surat daripada mahkamah," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Warga asing ada rekod jenayah ganggu wanita di Bukit Bintang kena pijak 'berjemaah'
BACA LAGI: Warga asing lunyai dipukul, dihentak 3 lelaki di Ipoh, Perak
Dia kemudian dilihat menaiki kenderaan pacuan empat roda miliknya sebelum beredar meninggalkan lokasi kejadian.
Lebih mendatangkan kemarahan, lelaki tersebut turut didakwa bertindak kasar dengan hampir melanggar salah seorang penduduk yang berada di situ.
Ia dipercayai kerana terlalu marah dengan bantahan yang dibuat oleh orang kampung.
Majoriti cuba untuk menghubungi pihak berkuasa daerah berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung kejadian tersebut tetapi belum mendapat maklum balas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram