[VIDEO] Gara-gara brek tak makan, 'racer' kampung cedera parah langgar penonton di litar lumba


  • Benua
  • Ahad, 18 Feb 2024

Tangkap layar kejadian kemalangan di litar perlumbaan di Indonesia pada tahun lepas.

KEMALANGAN perlumbaan motosikal sewaktu berada di litar adalah perkara biasa yang pernah dilaporkan di seluruh dunia.

Mengimbau kembali peristiwa melibatkan nahas di litar perlumbaan di Indonesia pada tahun lalu, seorang pelumba dan petugas mengalami kecederaan parah selepas dilanggar seorang pelumba.

Kejadian tersebut berlaku sewaktu Kejohanan Lumba Motosikal Wilayah dan Terbuka Daerah Kalimantan Timur 2023 berlangsung.

Memetik laporan media antarabangsa, pelumba tersebut tidak dapat memberhentikan motosikal yang ditunggangnya ekoran masalah brek tidak berfungsi.

Kejadian pada Mei 2023 itu berjaya dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Nahas berlaku semasa pelumba berkenaan cuba membelok ke arah kiri litar yang diadakan berhampiran Pejabat Daerah Kolaka Timur, Sulawesi Tenggara, Indonesia.

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang big bike tersembam atas jalan, maut kemalangan di highway Plus Gurun-Pendang

BACA LAGI: [VIDEO] Sejengkal dari ajal, wanita hampir maut selepas bumbung ranap timpa kereta

Malang baginya apabila brek motosikal itu gagal berfungsi dengan baik hingga menyebabkan dia melanggar salah seorang pengadil dikenali sebagai Anwar Mundu dan beberapa penonton.

Pelumba berkenaan, Muhammad Reski Wijaya, 25, mengalami luka pada tangan kiri dan menerima 17 jahitan.

Sementara itu, Anwar turut dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan susulan akibat patah kaki dan kecederaan parah di anggota bahagian lain.

Salah seorang pengunjung, Karim mengakui bahawa penganjur sendiri tidak menitikberatkan aspek keselamatan penonton.

"Kawasan litar tidak disediakan dengan baik, penonton dengan mudahnya boleh berdiri di sekitar laluan trek tanpa ada penghalang," katanya.

Difahamkan, perlumbaan yang julung kali diadakan di Kolaka Timur itu menampilkan saingan melibatkan 13 kelas disertai pelbagai peserta dari dalam dan luar Sulawesi Tenggara. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram