[VIDEO] Sejengkal dari ajal, wanita hampir maut selepas bumbung ranap timpa kereta


  • Benua
  • Sabtu, 17 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan kepingan bumbung yang besar menimpa sebuah kenderaan yang diparkir di kawasan luar sebuah pusat beli-belah di Rusia pada Rabu.

SEORANG wanita hampir maut apabila struktur bumbung sebuah pusat beli-belah runtuh dan menimpa kenderaannya yang diparkir di kawasan luar kompleks berkenaan.

Insiden tersebut difahamkan berlaku di Barnaul, Siberia, Rusia pada Rabu kira-kira pukul 1.47 petang.

Momen mengerikan itu berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan sebelum dikongsikan di media sosial.

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang big bike tersembam atas jalan, maut kemalangan di highway Plus Gurun-Pendang

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang big bike tersembam atas jalan, maut kemalangan di highway Plus Gurun-Pendang

Berdasarkan klip berdurasi 55 saat itu, seorang wanita berkot hitam panjang pada awalnya dilihat menaiki keretanya, sebelum bumbung yang besar itu secara tiba-tiba runtuh dan menghempap kenderaan tersebut.

Melihat pada impak yang kuat terutamanya di bahagian hadapan kereta, ramai menyangkakan bahawa wanita berkenaan tidak akan selamat.

Namun tanggapan salah apabila dia berjaya keluar dari keretanya menggunakan pintu sebelah kanan beberapa minit kemudian dan lari menyelamatkan dirinya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram