SEORANG warga asing dilaporkan cedera dipukul tiga orang lelaki yang bersenjatakan kayu dan kerusi berhampiran sebuah kedai makan Bandar Baru Menglembu, Ipoh Perak.
Suspek yang dipercayai merupakan warga tempatan berjaya melarikan diri sebaik laporan polis dibuat penduduk awam dan ketiga-tiga mereka kini sedang diburu pihak polis.
Kejadian itu sempat dirakam dan dimuat naik di Facebook oleh salah seorang penduduk di situ.
Difahamkan, polis sudah mengenal pasti identiti suspek yang terlibat dan sedang giat menjalankan mengesan mereka.
Pada masa yang sama, pihak polis meminta kerjasama daripada orang awam yang menyaksikan atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Amy Crystal di talian 014-3909719 untuk membantu siasatan lanjut.
Punca pergaduhan masih belum diketahui dan warganet turut meninggalkan komen di laman Facebook berhubung isu tular tersebut.
“Suspek mesti sedang mabuk sebab tiba-tiba kacau orang tengah makan, dah la seorang diri memang nahas warga asing tu dikerjakan,” kata Jafzalina Maszura.
“Duduk di negara orang jangan buat masalah, dan suspek yang bergaduh tu pun kalau tengah mabuk jangan la libatkan orang lain,” tambah Pasu Pathy.
“Bagus biar dia kena pukul, sekarang ni warga asing memang dah semakin melampau, jangan kasi muka hentam je sampai lunyai,” jelas Zack Zaini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram