[VIDEO] Lelaki spek hitam 'buang hajat' depan rumah orang di Kuching bakal berdepan tindakan undang-undang 


  • Tular
  • Jumaat, 16 Feb 2024

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki dipercayai dengan selamba membuang air besar di hadapan sebuah rumah di Taman Stapok, Batu Kawa, Kuching.

TANPA sekelumit rasa malu, seorang lelaki dipercayai dengan selamba membuang air besar di hadapan sebuah rumah di Taman Stapok, Batu Kawa, Kuching, Sarawak.

Video insiden itu dikongsikan di media sosial sebelum ia menjadi tular pada Khamis.

Menerusi klip berdurasi seminit 32 saat tersebut, selepas melepaskan 'hajatnya' di atas rumput kediaman tersebut, lelaki yang memakai cermin mata hitam itu dilihat memasuki sebuah kenderaan sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Tindakannya bukan hanya mendapat kecaman daripada netizen, malah Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Tan Kai turut mengutuk perbuatan lelaki berkenaan.

Tan Kai dilaporkan berkata, pihaknya akan mengenal pasti identiti lelaki tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya.

"Kita akan periksa pemilik kereta terbabit dan memberikan hukuman sewajarnya," katanya ringkas.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki baling kerusi lepas dicekup buang air besar di ruang wuduk surau Shah Alam

Dalam masa sama, beliau turut berkongsi jenis-jenis kesalahan berkaitan kebersihan harta awam dan swasta iaitu :

22. 1.) Tiada seorang pun boleh, melainkan dengan kebenaran bertulis harta awam, ketua pegawai tadbir,-

(a) menulis, melukis, menyembur, menanda, menconteng, menconteng atau menulis apa-apa perkataan, angka, slogan, karikatur, simbol, atau apa-apa benda pada mana-mana harta kepunyaan pihak berkuasa tempatan atau kerajaan.

(b) menampal, mempamerkan atau melekat apa-apa poster, plakat, papan pameran, bil, notis atau sepanduk pada mana-mana harta pihak berkuasa tempatan atau kerajaan.

(c) memaku, mengikat atau merantai apa-apa jua pada harta pihak berkuasa tempatan atau kerajaan.

(d) mengalihkan, merungkai atau mengambil apa-apa harta pihak berkuasa tempatan atau kerajaan.

(e) meludah, membuang air kecil atau membuang air besar di dalam atau pada mana-mana harta pihak berkuasa tempatan atau kerajaan, melainkan di tempat yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan atau kerajaan untuk tujuan itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis siasat 5 sekeluarga disyaki mencuri di kedai gajet Kota Tinggi

(f) memotong, menggali, mengalihkan, mencabut atau merosakkan mana-mana pokok, tumbuhan atau tumbuh-tumbuhan yang ditanam atau diusahakan oleh pihak berkuasa tempatan di mana-mana tempat awam.

(g) mencemarkan atau membuang sampah atau sisa ke mana-mana kolam, tasik, air pancut atau kolam renang kepunyaan atau diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan atau kerajaan.

2.) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan di bawah perenggan (1) adalah melakukan suatu kesalahan: Penalti, denda RM1,500 bagi kesalahan pertama, dan denda selanjutnya RM3,000 atau penjara sembilan bulan bagi setiap kesalahan berikutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram