NAMA Gypsy Rose bukanlah nama yang asing dalam dunia jenayah Amerika Syarikat, malah dia pernah menjadi bualan masyarakat seluruh dunia selepas berkomplot bersama teman lelakinya membunuh ibunya sendiri, Clauddine Blanchard dengan kejam.
Malah pada ketika itu, tiada siapa menyangka remaja yang pernah didiagnosis dengan pelbagai penyakit kronik mampu membuat perancangan jahat serta menghasut kekasihnya, Nicholas Godejohn untuk menikam wanita terbabit.
Namun, di sebalik kisah hitam itu, Gypsy merupakan mangsa yang sebenar.
Clauddine mendakwa Gypsy mengalami apnea tidur sejak bayi.
Ketika dia berumur lapan tahun, Clauddine atau lebih dikenali sebagai Dee Dee mendakwa anak perempuannya itu menghidap leukemia dan distrofi otot hingga memerlukan kerusi roda dan rawatan di hospital.
BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk Kapar cemas, pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda
BACA LAGI: SST 8 peratus belum cukup, cukai sektor kesihatan boleh dipertimbang isi kantung kerajaan
Bukan itu sahaja, Dee Dee turut menceritakan anak perempuannya memiliki masalah kesihatan lain iaitu sawan, asma, gangguan pendengaran dan penglihatan.
Susulan dakwaan tersebut, Gypsy diberi ubat-ubatan dan terpaksa tidur menggunakan mesin pernafasan.
Sepanjang hidup Gypsy, ibunya juga kerap membawanya berjumpa doktor untuk merawat pelbagai penyakit yang tidak pernah dialaminya.
Memetik laporan media antarabangsa, Gypsy didapati menjadi mangsa sindrom Munchausen yang mana ibunya mencipta ilusi bahawa anaknya sakit teruk untuk mendapat perhatian dan wang insurans.
Kes Gypsy turut memberi inspirasi kepada penerbitan beberapa dokumentari dan siri termasuk sebuah filem adaptasi kisah benar yang dibintangi oleh Joey King dan Patricia Arquette.
Gypsy, 32, yang menjalani kehidupan di sebalik tirai besi selama lapan tahun akhirnya dibebaskan dari Pusat Pemulihan Chillicothe di bandar Chilicothe, Mossouri pada tahun lalu selepas hakim menjatuhkan hukuman pada 2016.
Laporan antarabangsa menyebut, Gypsy yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dibebaskan secara parol pada 28 Disember 2023, iaitu dua tahun lebih awal dari tarikh pembebasannya.
Menariknya, beberapa hari selepas dibebaskan, Gypsy telah memuat naik satu video memaparkan dirinya dalam keadaan sihat dan gembira sehingga menjadi bualan warga maya.
Pada masa sama, dia juga telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Ryan Scott Anderson, 37, yang mana mereka difahamkan sudah berkahwin pada 2022 semasa Gypsy masih di penjara.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram