[VIDEO] Dah macam main game, 3 maut kena tembak bertubi-tubi di laluan karpet merah


  • Benua
  • Rabu, 14 Feb 2024

Tangkap layar keadaan memaparkan tiga individu maut ditembak seorang lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah kelab malam yang terletak di Villahermosa, Tabasco, Mexico pada Ahad lalu.

TIGA individu maut ditembak seorang lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah kelab malam yang terletak di Villahermosa, Tabasco, Mexico pada Ahad lalu.

Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Menerusi klip berdurasi 55 saat yang tular di media sosial itu, seorang lelaki berpakaian kemeja putih dilihat berjalan di lobi bar Hope 52, namun pergerakannya cuba dihalang beberapa pengawal keselamatan kelab malam tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Pergi balai RM300, bayar sini RM100', PDRM siasat anggota trafik bagi pasangan UK pilih bayar saman

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 2.55 pagi itu kemudian menyaksikan sekumpulan lelaki bergaduh di pintu masuk pusat hiburan berkenaan, sebelum berlaku adegan tumbuk-menumbuk.

Situasi menjadi lebih tegang apabila salah seorang lelaki memakai topi koboi melepaskan empat das tembakan ke udara dipercayai dengan tujuan untuk meleraikan pertengkaran.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Pergi balai RM300, bayar sini RM100', PDRM siasat anggota trafik bagi pasangan UK pilih bayar saman

Bagaimanapun, seorang lagi lelaki berpakaian kemeja-T jenama Polo putih tiba-tiba muncul dan terus menembaknya tepat di kepala.

Dia kemudian berterusan menembak empat lelaki lain yang sedang bergelut di pintu masuk bar tersebut hingga mengorbankan sekurang-kurangnya tiga nyawa.

Melihat mangsa-mangsa yang cedera, penyerang bersenjata itu bergegas meninggalkan tempat kejadian.

Sementara itu, Gabenor Tabasco, Carlos Manuel Merino Campos memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan untuk menjamin bahawa mereka yang bertanggungjawab atas insiden tersebut akan dihadapkan ke muka pengadilan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram