[VIDEO] Dua penyamun bersenjata kempunan, pemandu sanggup langgar kereta lain elak jadi mangsa


  • Tular
  • Rabu, 14 Feb 2024

Tangkap layar dua lelaki bertopeng didakwa cuba menyamun seorang pemandu di Masjid Tanah, Melaka pada Isnin.

SATU insiden dipercayai kegiatan samun membabitkan dua lelaki bersenjata dirakamkan berhampiran sebuah bank dekat Masjid Tanah, Melaka pada Isnin.

Kejadian yang didakwa berlaku pada awal pagi itu, turut memaparkan detik mencemaskan apabila mangsa sanggup bertindak berani merempuh sebuah kereta lain secara mengundur ketika dikejar dua individu terbabit.

Bersenjatakan parang, pemuda berbaju serba hitam itu kemudiannya cuba memecahkan pintu kenderaan tersebut namun gagal apabila pemandunya terus memecut laju beredar dari lokasi berkenaan.

Dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), video berdurasi 30 saat itu tular di laman media sejak Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah rakam jenayah aksi sendiri samun warga asing di Cheras, polis tahan 3 pelajar

BACA LAGI: [VIDEO] Suspek tua samun remaja dalam lif di JB ada rekod jenayah, polis rampas 3 barang termasuk seluar jean

Dalam pada itu, pelaku dalam pada masa sama dipercayai turut dibantu seorang lagi individu yang dilihat datang mengangkut mereka bersama sebuah kereta.

Imej kenderaan yang mengalami kerosakan akibat rempuhan itu turut dikongsikan salah seorang saksi di laman Facebook.

photo_2024-02-14_14-01-02

Sebuah kereta jenis Proton Saga mengalami kerosakan teruk akibat insiden samun di Masjid Tanah pada Isnin. — Facebook

Namun, tiada mangsa difahamkan tercedera dalam kejadian itu dengan kereta terbabit juga tidak dipandu sesiapa ketika kejadian.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram