[VIDEO] Padah rakam jenayah aksi sendiri samun warga asing di Cheras, polis tahan 3 pelajar


  • 112
  • Khamis, 11 Jan 2024

Tangkap layar kegiatan samun dilakukan tiga pelajar sekolah menengah di Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu.

TIGA pelajar sekolah menengah ditahan polis selepas didakwa mlakukan kegiatan samun berkumpulan dengan bersenjatakan pisau ke atas seorang warga asing di Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, ketiga-tiga pelajar itu ditahan secara berasingan di sekitar Cheras.

"Berdasarkan siasatan, mangsa yang mengalami kerugian RM500 itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan suspek dipercayai telah melakukan jenayah itu lebih daripada empat kali.

BACA LAGI: [VIDEO] Baru lepas keluar duit dekat bank, lelaki kena samun di lampu isyarat Klang

"Ketiga-tiga pelajar itu ditahan reman lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat dan jika bersenjata hendaklah dikenakan sebat selain hukuman yang boleh dikenakan di bawah seksyen lain jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, berdasarkan video yang diterima Astro Awani daripada sumber yang enggan dikenali, modus operandi dilakukan ketiga-tiga suspek adalah dengan memanjat bumbung rumah untuk memecah masuk kediaman warga asing.

BACA LAGI: [VIDEO] Suspek tua samun remaja dalam lif di JB ada rekod jenayah, polis rampas 3 barang termasuk seluar jean

"Mereka kemudiannya mengacukan pisau ke leher mangsa dan meminta wang sekiranya tidak mahu dicederakan.

"Salah seorang suspek juga turut merakam perbuatan mereka itu sambil memaparkan wajah mangsa dalam keadaan ketakutan dan memohon untuk dilepaskan," kata sumber berkenaan kepada Astro Awani, pada Khamis.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berhampiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram