[VIDEO] Guru ‘attention seeker’ dedah wajah murid demi konten viral, tak fikir soal keselamatan dan perasaan mak ayah


  • Tular
  • Sabtu, 10 Feb 2024

Tangkap layar seorang guru tadika didakwa sengaja mendedahkan identiti muridnya demi meraih populariti di laman sosial.

SEORANG guru tadika didakwa sengaja memuat naik video bersama pelajarnya semata-mata ingin mengejar populariti di laman media.

Perkara itu berbangkit selepas seorang pengguna Twitter mendedahkan bahawa individu itu enggan menurunkan video tersebut meskipun diminta oleh ibu bapa terbabit.

Jelasnya, guru wanita itu memberikan pelbagai alasan sebaik diminta menurunkan video tersebut.

"Cikgu ini ada muat naik video budak perempuan iaitu anak kepada kawan saya, dia tak pernah minta izin kawan saya pun sebagai ibu bapa pelajar berkenaan.

"Bila suruh turunkan, macam-macam alasan dia bagi, dia padam sekejap lepas itu dia muat naik semula, memang melampau kejar viral," kata urgirlhood.

Video dimuat naik di laman Twitter itu dihujani komen negatif yang rata-ratanya menggesa agar individu itu dikenakan tindakan tegas kerana menyebar gambar dan menceroboh privasi kanak-kanak tanpa izin.

BACA LAGI: Wanita dakwa ada sekolah, tadika paksa murid puasa sampai nak pengsan

BACA LAGI: Ibu dakwa tadika cuai, punca anak tunggal lemas

"Aku paling benci kalau cikgu ke atau ustazah dan mana-mana tenaga pengajar yang macam ini, setiap orang bukan tak berani, tapi ada masa tertentu, bukan boleh paksa sesuka hati lagi-lagi budak sekolah," kata akichoe.

"Ikutkan sebar gambar budak dekat status Whatsapp pun tak boleh ini kan lagi laman sosial yang lebih meluas seperti Twitter," ujar billiesya.

"Kita ni hantar anak pergi tadika bukan main sorok-sorok dari media sosial jaga privasi, datang cikgu gila populariti selamba tayang muka dan sekolah anak, emosi betul aku," jelas _nurmai.

"Tolong padam video ini, muat naik video budak sekolah dengan logo apa semua bukan dapat izin daripada ibu bapa pelajar pun," tambah mellamanajwa.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung hal itu setakat ini dan lokasi sekolah tadika terbabit juga tidak dinyatakan dalam video tersebut.

Orang ramai dalam pada masa sama dinasihatkan supaya tidak mencetuskan spekulasi berkaitan isu berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram