SEORANG lelaki meluahkan rasa kesalnya dengan sikap seorang pengguna jalan raya yang telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya pada Jumaat.
Difahamkan, pemandu jalan raya tersebut bertindak kurang ajar selepas ditegur kerana menggunakan laluan yang salah dan melawan arus.
Individu yang hanya dikenali sebagai MD Sam mendakwa, kejadian itu berlaku ketika dia sedang dalam perjalanan menuju ke pejabat yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur kira-kira pukul 7.43 pagi.
" Aku ini memang tak pernah nak cari gaduh dengan manusia dan kalau boleh aku cuba elakkan.
"Pagi ini (Jumaat), masa dalam perjalanan pergi ke pejabat di Mid Valley boleh pula terserempak dengan manusia yang tidak cukup akal dan tidak boleh berfikiran waras," tulisnya di laman Facebook miliknya pada Jumaat.
BACA LAGI: [VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah
Dakwanya lagi, pemandu tersebut berkemungkinan dalam pengaruh alkohol.
"Tengok gaya dan bau mulut mungkin di bawah pengaruh alkohol? Hanya dia sahaja yang tahu.
"Pemandu kereta VJM**** memandu secara lawan arus dan membahayakan pemandu jalan yang lain.
"Apabila ditegur dibalas dengan carutan dan makian. Terus naik darah aku, p****k katanya, kau orang rasa boleh nak bersabar lagi? Manusia ini kadang-kadang ada had sabar," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal berbasikal, budak lelaki maut digilis lori di Telok Gong
Melalui video yang dikongsikan, kedengaran pemandu yang melawan arus itu tidak meminta maaf dan terus mengeluarkan kata-kata kesat.
"One way bro, one way," kata MD Isa sambil menerangkan jalan tersebut merupakan jalan sehala.
"Eh, p****k, saya tahu satu jalan," balas pemandu berkenaan.
Bengang dengan jawapan yang diberikan, MD Isa terus meninggikan suara terhadap pemandu tersebut.
"Kau nak p****k aku kenapa? Kau dah salah jalan," jeritnya.
Namun, pemandu tersebut menafikan dia mengeluarkan kata-kata kesat dan telah meminta maaf.
"Saya cakap saya sudah sorry (minta maaf) kan? Apa lagi p****k awak nak?" soalnya pula.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila kedua-dua mereka dilihat keluar daripada kenderaan masing-masing dan cuba menyelesaikan isu tersebut sebelum beredar dari tempat kejadian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan tindakan MD Isa.
"Bila masa pula kau (pemandu) cakap sorry? persoal Anis Ainzafirah Mohd Khairi.
lzzaq Alif turut mengecam tindakan pemandu tersebut yang didakwa kurang ajar.
"Pagi-pagi p****k kau bang. Bila dia say sorry pun tak tahu tu tak dengar pun dia cakap sorry," katanya.
Jelas MD Sam lagi, tujuannya memuat naik video berkenaan supaya ia menjadi pengajaran buat semua pihak.
"Peringatan, ini bukan salah dari bangsa, tapi salah individu itu sendiri yang tak ada adab dan tak fikirkan keselamatan org lain. Jangan pentingkan diri sendiri.
"Untuk pengetahuan semua, kes sedang dalam siasatan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan terima kasih juga kepada pegawai yang bertugas yang banyak memberi nasihat dari segi undang-undang," tulisnya.
Setakat berita ini ditulis, Majoriti sudah menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat lanjut namun masih belum mendapat respons. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram