PADAH membuat siaran langsung tanpa menutup aurat, seorang remaja perempuan dipukul ayahnya sendiri sehingga pengsan.
Video tersebut turut tular dan dimuat naik di aplikasi X (Twitter) @AzzatAlsaalem pada Selasa.
"Seorang remaja wanita Muslim dipukul oleh ayahnya ketika bersiaran secara langsung di media sosial.
"Difahamkan, punca remaja tersebut dipukul kerana berpakaian moden tanpa menggunakan hijab dan niqab.
"Mangsa dipukul bertubi-tubi sehingga pengsan," ciapnya.
BACA LAGI : [VIDEO] Air rendaman ayat ruqyah dalam kertas boleh diminum asalkan tidak memudaratkan — Mufti
BACA LAGI : [VIDEO] Tragedi lelaki maut bergelut dengan polis di stesen minyak Langkawi diklasifikasi kes bunuh
Dalam video berdurasi 15 saat berkenaan, kelihatan seorang wanita dipercayai ibu mangsa cuba menghalang lelaki itu daripada terus memukul anaknya di sebuah ruang tamu.
Turut kedengaran, remaja berkenaan menjerit kesakitan.
Lelaki itu dilihat terus memukul anaknya sehingga pengsan sebelum beredar daripada ruang tamu tersebut.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.
Video itu juga telah mendapat 1.1 juta tontonan setakat ini. Pada masa sama, tidak dapat dipastikan keadaan remaja berkenaan selepas dipukul bapanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram