[VIDEO] Ajal berbasikal, budak lelaki maut digilis lori di Telok Gong


  • Tular
  • Khamis, 01 Feb 2024

Budak lelaki malang (kanan) yang menunggang sebuah basikal maut di tempat kejadian selepas digilis sebuah lori dekat Telok Gong, Klang pada Rabu. — Gambar Orang Awam

NGERI, hanya itulah yang mampu diucapkan oleh warga maya selepas melihat video tular seorang budak lelaki maut digilis sebuah lori di Klang, Selangor pada Rabu.

Berdasarkan maklumat awal yang dikongsikan oleh warga maya, Azrul Aziz Az, kemalangan ngeri yang berlaku di Telok Gong itu didakwa berpunca daripada pemandu kenderaan berat tersebut.

"Kejadian petang tadi di Telok Gong. Tengok dan fikir sendiri.

"Al Fatihah buat arwah. Mustahil tidak nampak kerana bukan dalam lingkungan titik buta. Mungkin pemandu yang buta," tulisnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Sewa bilik RM9 sejam, murid sekolah menengah antara 5 pasangan kena cekup buat maksiat

BACA LAGI: [VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah

Melalui video yang dikongsikan, kanak-kanak malang tersebut sedang mengayuh basikal di sebuah jalan raya yang lurus sebelum dilanggar oleh lori tersebut.

Lebih malang lagi, mangsa yang terjatuh selepas dilanggar terus digilis tayar lori berkenaan

Difahamkan, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di badan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram