[VIDEO] Kakak sumbat adik hidup-hidup dalam lubang perigi lepas tiru adegan drama


  • Benua
  • Sabtu, 10 Feb 2024

Tangkap layar seorang budak perempuan mencampak adik lelakinya ke dalam sebuah perigi di Yunnan, China pada Mac 2023.

SEORANG budak perempuan bertindak di luar kawalan apabila dirakam mencampakkan kanak-kanak lelaki ke dalam sebuah perigi di Yunnan, China.

Insiden itu yang dilaporkan berlaku pada 8 Mac 2023 itu menarik semula perhatian di laman media selepas rakaman kejadian kembali tular di Twitter sejak Sabtu.

Difahamkan, kedua-dua budak itu merupakan pasangan adik-beradik dan mangsa kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Yang, 4, dicampak kakaknya, Wang, 7, selepas terpengaruh dengan salah satu adegan drama di televisyen.

BACA LAGI: [VIDEO] Gadis malang terjatuh perigi sedalam 7 meter berjaya diselamatkan

BACA LAGI: [VIDEO] Cari keledek tapi jumpa mayat pelajar perempuan leher diikat dalam perigi

Susulan insiden terbabit, orang ramai yang menyedari kejadian itu kemudiannya terus menjalankan usaha menyelamat dan menghubungi ambulans untuk bantuan keselamatan.

Hasil pemeriksaan di hospital, Yang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan parah, sebaliknya hanya dijangkiti demam dan batuk.

Polis mengesahkan bahawa tiada konflik pergaduhan yang berlaku antara dua beradik itu dan ibu bapanya juga difahamkan berjaya mengawal emosi kedua-dua anaknya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram