MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan semula pasportnya bagi menghadiri majlis perasmian restoran di Bangkok, Thailand minggu depan.
Hakim, Azura Alwi memerintahkan pasport itu dilepaskan secara sementara dan ia perlu dikembalikan kepada mahkamah pada 23 Februari ini.
Pasport Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ditempatkan dalam simpanan pihak mahkamah sebagai syarat tambahan untuk jaminan berhubung tiga pertuduhan pengubahan wang haram dihadapinya.
BACA LAGI: Perwakilan AGM Bersatu luluskan usul, mahu Muhyiddin kekal presiden
"Walaupun pemohon telah dikenakan sekatan perjalanan, ikat jamin dan syarat jaminan adalah tidak munasabah untuk menghalang pemohon daripada menjalani kehidupannya dan menjalankan tugasnya seperti biasa kerana dia belum disabitkan kesalahan," katanya.
Berdasarkan afidavit sokongan permohonan yang difailkan pada 31 Januari lalu, bekas Perdana Menteri dan Pengerusi PN itu memohon pelepasan sementara pasportnya sehingga 23 Februari untuk ke Bangkok kerana rakan karibnya yang merupakan warga tempatan, meminta beliau merasmikan pembukaan restoran Thai baharunya. — The Star/NURBAITI HAMDAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram