TINDAKAN pantas orang awam berjaya menyelamatkan seorang remaja berusia 14 tahun yang hampir lemas dalam kejadian di Bukit Bakar, Machang, Kelantan pada Jumaat.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mokhtar Che Mah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut kira-kira pukul 11.29 pagi.
Menurutnya, seramai enam anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).
BACA LAGI: Video '7 Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia' palsu — MOF
BACA LAGI: [VIDEO] Baca dulu tajuk utama antara 5 cara kesan berita palsu yang disyorkan SKMM
"Seorang mangsa lelaki Melayu berumur 14 tahun lemas di sungai dan berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi.
"Mangsa juga tidak sedarkan diri semasa anggota bomba tiba dan terus memberi rawatan awal (CPR) kepada mangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau turut memaklumkan, mangsa berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan dan tindakan selanjutnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram