[VIDEO] Ibu, anak usia 7 tahun ditemui lemas di Tawau


  • 112
  • Rabu, 07 Feb 2024

Tangkap layar kejadian dua beranak ditemui lemas di Kampung Nasib Kita, Tawau, Sabah pada Selasa.

DUA beranak ditemukan lemas di sebuah kolam berhampiran rumah mereka dalam kejadian di Kampung Nasib Kita, Tawau, Sabah pada Selasa.

Wanita berusia 40-an dan anak lelakinya berusia tujuh tahun itu ditemukan penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam.

Katanya, setakat ini, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan mayat kedua-dua mangsa terbabit dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

BACA LAGI: Rasa 'sayang' boleh buat anda keracunan ubat

BACA LAGI: Aksi sedut bisa rupanya sekadar mitos, ketahui cara rawatan awal jika dipatuk ular

“Kita masih menunggu hasil laporan bedah siasat bagi menentukan sama ada kes ini membabitkan unsur jenayah ataupun tidak.

“Selepas keputusan diperolehi, pihak polis akan diklasifikasikan kes ini sama ada sebagai sebagai mati mengejut (SDR) atau kes bunuh,” katanya dalam kenyataan pada lewat malam Selasa.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, dua rakaman video masing-masing berdurasi 25 saat dan 37 saat berhubung kejadian itu tular di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram