Video '7 Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia' palsu — MOF


  • Massa
  • Rabu, 29 Mac 2023

Video bertajuk '7 Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia 1 Januari 2023' disahkan palsu oleh MOF. — Bernama

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menafikan kesahihan video bertajuk '7 Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia 1 Januari 2023', seperti yang tular di media sosial.

MOF menegaskan tiada sebarang pengumuman bagi tujuh perkara seperti yang terkandung dalam video berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dengan tujuan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram