[VIDEO] Padah elak kemalangan, lori 3 tan terbabas rempuh penunggang sampai terkulai di Alor Setar


  • 112
  • Rabu, 31 Jan 2024

Sebuah lori tiga tan terbabas dan merempuh seorang penunggang motosikal di Jalan Kepala Batas, Alor Setar, Kedah pada Rabu. — Facebook

SEORANG penunggang motosikal cedera akibat dirempuh lori tiga tan dalam kejadian di hadapan sebuah sekolah dekat Jalan Kepala Batas, Alor Setar, Kedah pada Rabu.

Menurut laporan media, mangsa Mohd. Isa Baharom, 50, dirempuh lori dipercayai terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti mengejut di lampu isyarat pejalan kaki laluan tersebut kira-kira pukul 1.20 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lori berkenaan terbabas ke kawasan letak kereta sebuah rumah di tepi jalan.

BACA LAGI: [VIDEO] Maut kereta terbabas masuk longkang di Melaka, punca nahas masih misteri

BACA LAGI: [VIDEO] Remaja 13 tahun maut di Kota Tinggi, dipercayai terbabas langgar pembahagi jalan

"Pemandu lori tidak mengalami kecederaan sementara penunggang motosikal itu dibawa ke hospital dengan ambulans dalam keadaan separuh sedar," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.37 tengah hari Rabu.

"Dimaklumkan kemalangan itu melibatkan sebuah lori tiga tan yang hilang kawalan sebelum melanggar motosikal jenis Honda Wave dan penunggang yang berhenti di kawasan sekolah tersebut.

"Kemalangan turut melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Unser dan sebuah rumah," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram