Lelaki maut ditikam guna kaca dalam kes gaduh di Jalan Peel, KL


  • 112
  • Isnin, 05 Feb 2024

Mangsa yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan disahkan meninggal dunia kemudian.

BARU-BARU ini hangat diperkatakan kes dua lelaki terlibat dengan pergaduhan pada awal pagi di jalan belakang di Kuala Lumpur atas sebab yang tidak diketahui.

Namun adakah benar pergaduhan tersebut bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka mengambil serpihan kaca dan menggunakan ia sebagai senjata?

Menjawab persoalan itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Norhisham Mustapar mengesahkan polis dimaklumkan mengenai pergaduhan itu, yang berlaku di lorong berlakang sebuah restoran di Jalan Peel sekitar 3.20 pagi 1 Februari.

Siasatan awal menunjukkan kejadian itu melibatkan dua orang lelaki, berumur 22 hingga 28 tahun, tambahnya.

Beliau berkata, suspek mengambil serpihan kaca yang pecah di tanah dan menikam mangsa di leher sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

BACA LAGI: Jemput 'Hot Daddy Ash' jadi tetamu jemputan podcast, ibu bapa kesal suspek pengedar pornografi dijadikan idola

339D2335-9596-4C7F-B644-04B481F3E730

— Gambar hiasan

BACA LAGI: [VIDEO] Seorang lagi tahanan warga asing lolos depot Bidor maut kemalangan dekat Tapah

Mangsa yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Norhisham berkata, Jabatan Siasatan Jenayah dan Unit Jenayah Berat berjaya menahan suspek di terminal KLIA 2 pada jam 2.30 petang pada hari yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek telah direman selama enam hari bermula 2 Februari.

Polis mengesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Balai Polis Kuala Lumpur menerusi talian hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram