[VIDEO] Imbauan kes Zachary Davis bunuh ibu guna tukul ketika tidur


  • Benua
  • Selasa, 06 Feb 2024

Zachary Davis sanggup bertindak kejam membunuh ibunya sendiri menggunakan tukul besi. — Agensi

PADA tahun 2015, nama Zachary Davis mula menjadi sebutan orang ramai selepas kemunculannya yang dilihat begitu menakutkan dalam rancangan personaliti televisyen Dr. Phil.

Ini kerana tiada siapa yang menyangka remaja tersebut sanggup bertindak kejam membunuh ibunya sendiri menggunakan tukul besi.

Malah, dalam kejadian yang berlaku pada 10 Ogos tahun 2012, suspek sempat meluangkan masa bersama ibunya, Melanie serta abangnya, Josh menonton wayang.

Selesai aktiviti tersebut, mereka bertiga pun pulang kembali ke rumah.

Ketika Melanie sedang tidur, Zachary menyelinap masuk ke dalam bilik mangsa sebelum menghentak tukul besi tersebut berkali-kali ke arah mangsa sehingga mati.

Selepas membunuh wanita malang itu, Zachary terus menyimbah petrol dan arak di beberapa bahagian rumah tersebut dengan harapan agar Josh turut mati bersama ibunya.

BACA LAGI : [VIDEO] Air rendaman ayat ruqyah dalam kertas boleh diminum asalkan tidak memudaratkan — Mufti

BACA LAGI : [VIDEO] Seorang lagi tahanan warga asing lolos depot Bidor maut kemalangan dekat Tapah

Namun pada waktu kejadian, Josh sempat melarikan diri selepas terjaga daripada mencium asap kebakaran tersebut dan seterusnya menghubungi pihak polis selepas melihat mayat ibunya berlumuran darah.

Lebih menggerunkan lagi, Zachary tidak pernah menunjukkan sebarang penyesalan atas perbuatan kejamnya itu.

Malah, apabila ditangkap dan disoal siasat pihak berkuasa dia hanya meluahkan rasa kesal tidak membunuh abangnya dengan penukul besi yang sama meragut nyawa ibunya.

Zachary akhirnya disabitkan dengan pembunuhan kelas pertama oleh hakim pada ketika itu.

Hanya dua bulan selepas perbicaraan mahkamah berlangsung, Zachary duduk bersama personaliti TV Dr Phil untuk berkongsi kisah tentang pembunuhan itu.

Semasa temu bual, Zachary dengan tenang memberitahu Dr Phil dengan bagaimana dia membunuh ibunya tanpa menunjukkan sebarang emosi.

Ditanya mengapa dia memutuskan untuk membunuh ibunya, Zachary memberitahu Dr Phil: "Dia tidak menjaga keluarga saya."

Dia kemudian menerangkan, secara terperinci, bagaimana adegan pembunuhan itu berlaku.

Sambil bercakap tentang bagaimana bunyinya apabila dia memukul ibunya berulang kali dengan tukul besi, dia tersengih.

"Saya hanya dapat mendengar tukul memukul kepalanya. Itu adalah bunyi hentakan basah," jelasnya sambil ketawa.

Zachary dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh ibunya, ditambah 20 tahun tambahan untuk bagi pembunuhan kelas pertama dan menyebabkan kebakaran.

Sehingga kini, rancangan personaliti televisyen Dr. Phil itu masih lagi menjadi bualan ramai kerana senyumannya yang menakutkan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram