[VIDEO] Rakaman 'body cam' rekod salah laku polis LAPD, veteran AS saman RM47 juta


  • Benua
  • Ahad, 04 Feb 2024

Kediaman Slade Douglas diserbu polis selepas dia didakwa melakukan beberapa kesalahan jenayah di Los Angeles, AS pada 2019.

SEORANG tentera veteran Amerika Syarikat (AS), Slade Douglas, 46, dan peguam belanya berdepan situasi getir apabila dituduh atas kesalahan undang-undang jenayah pada 2019.

Douglas memfailkan tuntutan mahkamah AS$10 juta (RM47 juta) terhadap dua pegawai polis Los Angeles (LAPD) susulan tuduhan palsu berkaitan kes penderaan seksual dan dakwaan dipaksa masuk ke hospital selepas disyaki menghubungi talian kecemasan 911 untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Insiden itu yang berlaku di kediamannya dekat Los Angeles, membawa kepada pemeriksaan undang-undang atas kelakuan polis yang merampas hak individu dalam kesusahan.

Hakim Maame Ewusi-Mensah Frimpong telah memutuskan bahawa kes itu akan dibawa ke mahkamah perbicaraan hasil rayuan daripada peguam LAPD dan memutuskan bahawa pegawai terbabit tidak berhak mendapat imuniti atas beberapa alasan termasuk penahanan tidak berperlembagaan dan kekerasan yang berlebihan.

Rakaman kamera badan pada pegawai berkenaan mendedahkan penggeledahan tanpa kebenaran telah dilakukan di rumah Douglas selain ancaman keselamatan serta kekerasan turut dilakukan semasa rampasan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Diskaun saman RM100: Polis Perak kesan couple UK, kenal pasti identiti anggota trafik

BACA LAGI: [VIDEO] Malaysia mungkin fail saman isu tuntutan kumpulan mengaku waris Sulu

Douglas yang digari dan dibawa dalam kenderaan peronda polis melaporkan kesakitan dialami dan membuat rayuan yang munasabah ketika kejadian.

Keadaan bertambah buruk apabila Douglas dibawa secara paksa ke Hospital Good Samaritan, AS, di mana dia telah menjalani prosedur invasif tanpa persetujuannya, termasuk disuntik secara paksa dengan bahan dan ditahan dengan cara yang disifatkan satu penyeksaan.

Kes berkenaan telah menarik perhatian mahkamah kerana implikasinya terhadap hak sivil, akauntabiliti polis dan layanan terhadap polis veteran yang dalam kesusahan.

Douglas diwakili oleh kumpulan peguam hak sivil dan tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 25 Mac 2024 apabila butiran kes itu akan diperiksa lebih lanjut kelak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram