[VIDEO] Nahas 2 kenderaan Mazda, 3 parah lepas kereta rentung di Jambatan Kedua P. Pinang


  • 112
  • Sabtu, 03 Feb 2024

Sebuah kereta jenis Mazda CX5 dilaporkan rentung terbakar dalam insiden kemalangan yang berlaku di Jambatan Kedua Pulau Pinang pada Sabtu. — Ihsan bomba

SEBUAH kereta dilaporkan rentung dalam insiden kemalangan membabitkan dua buah kenderaan jenis Mazda di Jambatan Kedua Pulau Pinang pada Sabtu.

Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dilaporkan menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.08 tengah hari berhubung insiden berkenaan.

Bertindak atas maklumat, pasukan Bomba dari Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang dan Bayan Baru, George Town, Pulau Pinang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera penyelamat.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Azmi Tahar, seramai 15 orang anggota bomba telah ditugaskan dalam operasi tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Pasangan tunang maut, nahas 5 kenderaan termasuk lori di Jambatan Pulau Pinang

BACA LAGI: [VIDEO] Tiga sekeluarga sempat gembira makan bersama sebelum rentung dalam tragedi kebakaran di Sungai Petani

"Kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah kenderaan jenis Mazda CX3 yang dinaiki tiga individu dengan seorang pemandu SUV jenis Mazda CX5.

"Dalam kejadian itu, Mazda CX5 telah terbakar dianggarkan lebih 80 peratus daripada keseluruhan kenderaan selepas tercampak sejauh 300 meter.

"Dua mangsa yang menaiki Mazda CX3 mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang manakala seorang wanita berusia 38 tahun dilaporkan terselamat.

"Seorang lagi mangsa yang menaiki Mazda CX5 turut mengalami kecederaan namun telah dihantar ke hospital oleh orang awam," katanya menerusi hantaran di Facebook JBPM pada Sabtu.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi telah bertindak memadamkan kebakaran kenderaan terbabit sehingga selesai dan menyerahkan kes kepada Pegawai Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya.

Agensi lain yang turut berada di lokasi adalah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram