[VIDEO] Nahas mengerikan treler terbalik di jambatan kedua P. Pinang, ada kereta terputus dua


  • Tular
  • Jumaat, 12 Mei 2023

Tangkap layar tular kemalangan tersebut yang berlaku di JSAHMS, Batu Kawan, Pulau Pinang pada Jumaat.

SATU kemalangan berlaku dipercayai membabitkan sebuah lori treler membawa muatan berat dan sebuah kereta di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), Batu Kawan, Pulau Pinang pada Jumaat.

Menerusi video tular berdurasi 31 saat, kereta terbabit remuk teruk di bahagian kanan kenderaan manakala muatan dibawa lori terbabit pula dilihat terbalik dan terlentang di tengah-tengah jalan terbabit.

Bagaimanapun, status mengenai mangsa kemalangan masih belum dikenal pasti. — Majoriti

MENYUSUL...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram