[VIDEO] Sehari sebelum cuti panjang, pelajar 'meroyan' hancurkan harta sekolah di Simpang Ampat


  • Tular
  • Sabtu, 18 Feb 2023

Tangkap layar sekumpulan pelajar sekolah didakwa sengaja menghancurkan beberapa harta sekolah.

TINDAKAN sekumpulan pelajar sekolah yang mengganas dan merosakkan harta benda di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek, Jalan Puteri Gunung, Taman Puteri Gunung, Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan pada Jumaat mengundang kemarahan ramai.

Kejadian itu dipercayai sengaja dilakukan oleh pelajar berkenaan bersempena hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti sekolah selama dua minggu.

Tidak dapat dipastikan waktu sebenar insiden itu berlaku, namun perbuatan tersebut tidak disedari malah dihentikan oleh mana-mana pihak ataupun tenaga pengajar di sekolah terbabit.

Menerusi visual itu kelihatn kipas siling, kerusi plastik dan papan kenyataan di belakang bilik darjah merupakan antara harta benda yang dihancurkan oleh pelajar terbabit.

Selain itu, tandas juga turut menjadi sasaran apabila beberapa buah pintu musnah ditendang.

Belum ada sebarang maklumat lanjut dari pihak sekolah dan polis setakat ini dan Majoriti sedang berusaha mendapatkan maklumat terperinci behubung insiden terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram