Pasangan penjenayah cuba bunuh polis, sengaja langgar 2 kali akhirnya kena cekup di Ipoh


  • 112
  • Selasa, 06 Feb 2024

Seorang anggota polis cedera parah selepas terbabit dalam kejadian langgar lari di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, Ipoh, Perak pada Ahad malam.

POLIS menahan pasangan tunang yang dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari anggota polis berpangkat Lans Koperal di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, Ipoh, Perak pada Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pasangan warga tempatan berusia 33 dan 34 tahun itu berjaya diberkas dalam tempoh kurang 24 jam.

Menurutnya, pihak polis turut merampas kereta jenis Proton Iriz berwarna biru yang digunakan oleh kedua-dua suspek pada hari kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Taktik baring atas jalan tak menjadi, polis cari lelaki pura-pura kena langgar di Ipoh

"Ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki tersebut mempunyai 17 rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan narkotik serta didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

"Sementara suspek perempuan mempunyai dua rekod kesalahan jenayah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Yahaya memaklumkan, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa untuk permohonan reman.

BACA LAGI: [VIDEO] Pegawai kanan polis ditahan kes langgar lari depan sekolah di Ipoh

Majoriti sebelum ini melaporkan anggota berusia 34 tahun patah tulang rusuk dan bahu dilanggar dengan sengaja oleh sebuah kereta sewaktu melakukan rondaan cegah jenayah bermotosikal kira-kira pukul 7.30 malam.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa bersama seorang lagi pegawai rendah polis yang membuat rondaan bertindak menghampiri sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram