Beli insurans guna simpanan KWSP 2, apa kebaikan dan kelemahanya?


  • Massa
  • Selasa, 06 Feb 2024

Ahli KWSP dibenarkan untuk menggunakan dana dalam Akaun 2 bagi tujuan membeli produk insurans hayat dan penyakit kritikal serta takaful untuk ahli keluarga terdekat.

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Isnin mengumumkan untuk meneruskan i-Lindung Fasa 2 di bawah Pelan Perlindungan Ahli.

Susulan itu, ahli KWSP dibenarkan untuk menggunakan dana dalam Akaun 2 bagi tujuan membeli produk insurans hayat dan penyakit kritikal serta takaful untuk ahli keluarga terdekat.

i-Lindung Fasa 2 akan memfokuskan kepada pengurusan polisi dan sijil, bagi perlindungan lanjutan melebihi satu tahun.

Penambahbaikan tersebut merupakan kemajuan penting dalam evolusi platform i-Lindung, yang menggabungkan produk perlindungan jangka panjang untuk ahli KWSP dan keluarga terdekat.

Untuk makluman, sejak Julai 2022 hingga Disember 2023, lebih 102,301 ahli telah membeli 118,166 polisi dan produk takaful melalui platform i-Lindung.

Ia meliputi insurans nyawa dan insurans penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.

Mengulas mengenai pelaksanaan tersebut, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, inisiatif yang dilaksanakan oleh KWSP merupakan satu langkah yang baik dan positif.

Beliau berkata, ini kerana langkah tersebut mampu mendisiplinkan dan memacu ahli institusi keselamatan sosial itu ke arah pengurusan perancangan kewangan keluarga yang tepat dan betul seterusnya mengelakkan pembaziran.

Menurutnya, ia juga mampu memberikan jaminan kepada ahli KWSP tentang nilai perlindungan ke atas diri sendiri dan ahli keluarga jika ditimpa musibah.

"Mutakhir ini kita sering disajikan dengan berita kemalangan melibatkan kecederaan parah dan ada yang sampai mengakibatkan kematian.

"Kita juga perlu berwaspada dengan peningkatan pelbagai penyakit bahaya yang boleh menjangkiti manusia tanpa mengira umur, pangkat dan bangsa.

"Menerusi langkah tersebut, sekurang-kurangnya ia berupaya mengurangkan beban kewangan ahli KWSP jika terjadi bencana yang tidak diingini," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Taib Mahmud gering di luar negara, tak perlu lantik pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak

A general view of EPF building at Menara KWSP Kwasa Damansara, Shah Alam. — FAIHAN GHANI/The Star

i-Lindung Fasa 2 akan memfokuskan kepada pengurusan polisi dan sijil, bagi perlindungan lanjutan melebihi satu tahun.

BACA LAGI: Taib Mahmud gering di luar negara, tak perlu lantik pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak

Mohd Faisol menjelaskan, inisiatif tersebut juga dapat mengelak ahli daripada terus membelanjakan simpanan KWSP mereka kepada perbelanjaan yang bukan bersifat keperluan.

Ujarnya, perkara itu sering terjadi kepada sebilangan ahli KWSP yang tidak dapat membezakan antara tuntutan untuk memenuhi keperluan hidup atau kehendak sendiri.

"Setiap individu perlu mengutamakan keperluan berbanding kehendak.

"Membeli dan menyertai produk takaful yang ditawarkan oleh syarikat takaful di Malaysia melalui inisiatif ini bukanlah satu pembaziran.

"Sebaliknya ia adalah satu simpanan dan juga perlindungan serta mungkin menjadi pelaburan jangka masa panjang," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kelemahan inisiatif tersebut pula, beliau berkata, tidak dapat dinafikan ia juga mempunyai kelemahan tertentu.

WhatsApp Image 2024-02-05 at 19.52.31

Mohd Faisol

Antaranya termasuk sejauh mana keupayaan kepelbagaian produk takaful yang berada di pasaran mampu memberi nilai perlindungan tertinggi kepada ahli KWSP.

"Pastinya ada antara ahli yang kurang pengetahuan tentang produk perlindungan yang bersesuaian.

"Jadi, mereka perlu mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci berkenaan syarikat takaful mana yang mampu memberi nilai perlindungan terbaik mengikut jumlah caruman dibayar.

"Selain itu persoalan lain yang timbul ialah adakah dengan menyertai produk takaful di bawah inisiatif ini wang caruman ahli KWSP yang digunakan untuk membayar polisi takaful ini akan diperolehi semula setelah sampai tempoh matang sekiranya ahli masih hidup dan sihat serta tidak mengalami apa-apa musibah seperti kemalangan atau penyakit berbahaya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram