[VIDEO] Buat Penang macam Dhaka, warga asing selamba jadi rider tengah highway sibuk


  • Tular
  • Isnin, 05 Feb 2024

Tangkap layar seorang warga asing 'berani mati' berbasikal di tengah lebuh raya yang sibuk di Pulau Pinang pada Ahad.

TINDAKAN seorang warga asing berani mati berbasikal di tengah lebuh raya yang sibuk di Pulau Pinang pada Ahad mengundang persoalan dalam kalangan warga maya.

Apa tidaknya, lelaki itu dilihat dengan selamba mengayuh basikalnya tanpa mempedulikan kenderaan lain.

Perbuatannya itu juga berjaya dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dikongsikan di media sosial pada hari sama.

Meskipun sudah ditegur, lelaki berbasikal merah berkenaan hanya membuat muka selamba dan meneruskan kayuhannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Pelarian Myanmar disyaki redah lampu isyarat, langgar lari anak orang dekat Sungai Petani

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang motosikal nyaris digilis lori angkara warga asing naik basikal belok mengejut di Kulim

Rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur lucu setelah melihat video yang ditularkan di Facebook tersebut.

"Kita kalau naik motor pun tak berani nak pegi ke lorong itu, dia kayuh basikal selamba saja," tulis Maznah Rusnizam.

"Dia ingat (sini) Bangladesh ke jalan besar boleh kayuh basikal? Silap hari bulan mahu dia tarik gerabak tambat di kepala saja," kata Muhamad Shaiful Johari.

Seorang lagi pengguna media sosial mengakui bahawa situasi itu sebenarnya adalah perkara yang biasa dilihat di bandar besar sekitar Pulau Pinang.

"Dekat pulau itu berlambak sebenarnya yang macam ni (warg asing kayuh basikal)," adu Siti Zaiha. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram