
PEMUZIK dan komposer Amerika Syarikat (AS), Kyle Green berdepan serangan siber apabila dikecam calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Hal itu dipercayai berlaku selepas namanya secara kebetulan muncul dalam kertas ujian tersebut yang sekali gus mengundang kemarahan pelajar kerana dialog digunakan terlampau sukar difahami.
Meskipun individu berkenaan tiada kena mengena dengan watak rekaan dalam kertas ujian tersebut namun, pelajar tingkatan lima rata-ratanya terus menghentam laman sosial pemuzik berkenaan.
Ruangan komen di Instagram Kyle dibanjiri pelajar SPM sesi 2006 yang tampil meninggalkan komen serta reaksi negatif terhadap individu terbabit.
Sementara itu, Kyle menerusi hantaran di TikTok berkata, dia amat terkejut kerana menerima pelbagai mesej dan komen daripada pelajar sekolah di Malaysia.
Jelasnya, dia tidak mengingati bilakah sesi temu ramah berunsurkan fiksyen itu diadakan berkaitan dirinya, namun tetap menghargai segelintir pihak yang meminati karya muziknya.
BACA LAGI: Tak puas hati Kertas 3 BI punah, pelajar SPM dapat kesan 'Mariam' si Tiktoker, kini buru 'Kamal'
"Kepada pelajar yang menduduki peperiksaan di Malaysia, saya harap kalian semua belajar baik-baik selepas ini.
"Saya amat menghargai kepada mereka yang meminati muzik saya dan semoga anda terhibur.
"Ini satu kejadian yang pelik, semoga berjaya dan jumpa anda nanti," katanya dalam hantaran tersebut.
Dalam pada itu, Kyle tidak menafikan audio yang digunakan sewaktu ujian mendengar itu mungkin diinspirasikan oleh kisah hidupnya dan menganggap pengalaman tersebut merupakan sesuatu yang melucukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram