Saliran air kolam renang bocor punca banglo 3 tingkat runtuh di Bangsar


  • 112
  • Sabtu, 03 Feb 2024

Siasatan awal mendapati bahawa berlaku kebocoran dalam saliran air kolam renang yang boleh menyebabkan tanah runtuh.

SEBUAH banglo tiga tingkat di Jalan Taman Pantai, Taman Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur dilaporkan terjejas akibat tanah runtuh pada pagi Sabtu.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mustafa Kamal Mohd Arih berkata, seramai 17 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan BBP Seputeh dikejarkan ke lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 10.45 pagi.

BACA LAGI: [VIDEO] Pasangan tunang maut, nahas 5 kenderaan termasuk lori di Jambatan Pulau Pinang

"Siasatan awal mendapati bahawa berlaku kebocoran dalam saliran air kolam renang yang boleh menyebabkan tanah runtuh," katanya.

"Kerja-kerja mengosongkan sisa air kolam renang dilakukan oleh pasukan bomba bagi mengelakkan tanah semakin lembap dan berpotensi berlakunya pergerakan atau hakisan tanah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujar beliau, tiada mangsa terperangkap dan struktur rumah rosak dilaporkan berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram