[VIDEO] Sanggup sorok dalam longkang 2 jam, lebih 500 warga asing ditahan dalam serbuan di Pasar Borong Selangor


  • 112
  • Sabtu, 03 Feb 2024

Seramai 530 warga asing terdiri daripada 504 lelaki dan 26 wanita ditahan dalam serbuan itu. — Imigresen Selangor

USAHA dua lelaki warga Bangladesh bagi mengelak ditahan dengan bersembunyi di dalam longkang gagal apabila mereka ditemui oleh pegawai Imigresen di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, Serdang, Selangor dalam satu operasi pada awal pagi Sabtu.

Difahamkan,kedua-dua warga asing terbabit bersembunyi di dalam longkang terbabit selama dua jam sebelum mereka dikesan oleh anggota penguatkuasa.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, seramai 530 warga asing terdiri daripada 504 lelaki dan 26 wanita ditahan dalam serbuan itu.

Kumpulan tersebut terdiri daripada warga Myanmar seramai 277 orang, Bangladesh (94), India (72), Indonesia (39), Nepal (15), Sri Lanka (sembilan), Pakistan (enam) dan seorang dari Vietnam.

BACA LAGI: [VIDEO] Rusuhan pusat tahanan imigresen Bidor: 131 terlepas, seorang maut kemalangan di PLUS

BACA LAGI: Imigresen tahan 5 warga asing, menyamar kutip derma pusat tahfiz di Gelang Patah

Menurut Khairrul Aminus, warga asing yang ditahan akan disaring bagi memastikan mereka mempunyai dokumen yang sah untuk berada di negara ini.

Ujarnya, operasi yang tamat pada pukul 6 pagi itu itu turut melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor, Majlis Bandaraya Subang Jaya dan polis.

Datuk Bandar Subang Jaya Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya mengesan sebanyak 10 lesen perniagaan yang dikeluarkan kepada rakyat tempatan, namun dijual kepada warga asing. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram